Cara buat Kuih titisan hujan dengan bulat & sos gula mudah di rumah (tak sampai rm8)
Buat apa nak beli kalau boleh buat sendiri di rumah?
Tiga bahan mudah sahaja, cantik betul kuih titisan hujan ini, unik & senang di buat. Cuma ada cara untuk pastikan bulat elok kuih ini.
Ada yang panggil kek, ada panggil kuih, ada panggil jelly, ada juga panggil mochi. Panggil je lah apa pun, yang penting, rupanya yang mirip titisan air. hujan besar yang membuatkan ia sangat menarik untuk dicuba.
Walaupun senang, kuih ini sangat lembut. Jadi ia mudah pecah, berlubang ataupun terlebih kenyal. Sila tonton video di bawah untuk cara yang lebih terperinci, atau rujuk link di sini
Selain dari raindrop cake ini, Ely akan tunjukkan juga cara buat topping kuih ini, iaitu air gula & juga serbuk kinako tersebut
Boleh juga tonton di post facebook ini.
Kuih titisan hujan (Rain drop Cake)
Ingredients
- 200 ml Air
- 1/2 sudu teh gula (5g)
- 1/4 sudu teh serbuk agar-agar (1g)
Untuk topping
- 4 sudu besar gula muscovado / gula perang gelap (dark brown sugar)
- 4-5 sudu besar air
- 1/2 sudu teh serbuk kinako
Instructions
- Masakkan air, gula, & agar-agar sehingga larut
- Masukkan ke dalam bekas ais yang bulat. Pastikan tiada udara terperangkap di dalam
- Sejuk beku di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam
- Masakkan air bersama gula untuk air gula. Pastikan tidak terlalu pekat atau cair (rujuk video untuk lihat kepekatan yang betul. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan