Rahsia dapatkan brownies yang kedut di atas, lembap di dalam (sukatan cawan)
Asal cakap pasal brownies, wajib nak berkedut. Nak dapatkan kedut di atas tu, selain bahan kena betul, cara buat pun kena betul
Brownies sebenarnya mudah sahaja nak buatnya. Lagi mudah dari kebanyakkan kek dah kuih. Yang penting tekstur adunan brownies mesti betul, likat dan tidak kembang
Walaupun nampak di atas macam rapuh, kedut dan rangup, tapi di dalamnya lain pula ceritanya. Brownies yang sedap, mestilah rasa coklat yang penuh, lembap (fudgy) dan juga padat
Kalau salah buat, brownies boleh jadi tekstur macam kek, macam tiada beza antara brownies dan kek coklat. Jadi kena belajar cara dapatkan tekstur brownies yang best, macam ini:
Selain dari brownies kedut ini, Ely ada juga kongsikan resepi brownies diet, yang rendah gula, gluten-free dan rendah karbo. Rasa dia sedap, dan tekstur dia hampir sama macam brownies biasa. Ramai lah lagi boleh menikmati resepi brownies. Boleh rujuk di sini
Sedia untuk belajar cara buat brownies kedut dengan mudah? Boleh lihat di bawah ini. Kalau nak tengok di facebook, boleh rujuk di sini
Resepi brownies kedut (sukatan cawan)
Ingredients
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur
- 2/3 cawan mentega cair
- 1 + 1/3 cawan coklat chip
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanila
Instructions
- Preheat oven 170C
- Cairkan mentega dan coklat chip. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat
- Campurkan tepung gandum dan serbuk koko hingga ia sebati
- Masukkan campuran mentega dan coklat chip yang dicairkan, dan masukkan gula kastor, gula perang. Pukul hingga ia kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hanya untuk campurkan telur, berhenti apabila telur sudah diadun. Masukkan telur seterusnnya dan ulang
- Masukkan garam, dan esen vanila
- Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Lipatkan ke dalam adunan dan jangan overmix. Rujuk kepada video untuk cara pukul
- Tuangkan ke dalam bekas bakar yang telah dilapik. Bakar pada 170C selama 25-30 minit
- Pastikan brownies disejukkan sebelum dikeluarkan dari bekas dan dihidang