churros dan sos coklat

Cara Detail buat Churros Sampai jadi dan Sos Coklat Dipping

2 Cara buat ‘Choux’ Churros anti gagal & homemade chocolate sauce

Siapa tak suka churros kan? Apa kita cuba buat sendiri di rumah. 5 Bahan yang mudah jumpa dalam pantri, dan cepat untuk dibuat

Asas churros ini adalah daripada adunan ‘choux’. Untuk mendapatkan churros yang rangup di luar, lembut di dalam, benda pertama sekali yang perlu diutamakan adalah tekstur choux tersebut

Churros yang baru digoreng & disalut

Walaupun mudah, ada tips untuk pastikan churros tersebut terbentuk dengan elok. Ada beberapa kesilapan buat churros yang boleh terjadi:

  1. Churros pecah dan terbelah
  2. Churros hangit dan tak masak betul di dalam
  3. Churros terlalu cair dan melekit, tidak dapat dibentukkan dengan elok
Contoh churros tak jadi (kiri) dan churros yang jadi (kanan)

Selain itu, kena lah ada sos coklat jika nak makan churros. Ely sertakan sekali cara buat sos coklat homemade yang mudah (2 bahan sahaja) untuk dimakan bersama churros ini

Sos coklat homemade yang sangat mudah & sedap

Untuk cara yang lebih terperinci, boleh rujuk video di bawah, ataupun rujuk link di sini untuk laman web Facebook. Jangan lupa untuk follow sekali ya, Ely suka update di situ 🙂

2 cara buat perfect churros & chocolate dipping sauce
resep churros

Resepi churros mudah & sos coklat untuk celup

Tips untuk churros rangup di luar dan lembut di dalam
Prep Time 10 minutes
Cook Time 40 minutes

Ingredients
  

  • 1 cawan air
  • 5 sudu besar mentega (65g)
  • 1 sudu besar gula (12g)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esenn vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur ayam

Untuk sugar coating

  • 1/3 cawan gula
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)

Untuk sos coklat

  • 1/3 cawan semi sweet chocolate
  • 1/3 cawan krim masakan (dipanaskan)

Instructions
 

  • Didihkan air sama mentega. Masukkan gula, garam, dan esen vaniila
  • Masukkan tepung, dan perlahankan api. Masak hingga adunan choux tersebut teradun elok
  • Naikkan api selama 30 saat, dan kacau hingga lebih likat
  • Sejukkan adunan choux sebentar hingga suam
  • Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan. Pastikan adunan sebati selepas dimasukkan telur (rujuk video untuk lihat tekstur adunan choux tersebut)
  • Panaskan minyak pada suhu yang sedang-rendah
  • Masukkan adunan choux tersebut ke dalam piping bag
  • Sementara itu, sediakan sugar coating (gula + cinnamon powder) dan juga para untuk letakkan churros apabila masak
  • Paipkan churros terus ke dalam minyak panas. Boleh juga guna cara kedua iaitu paipkan di atas baking paper dahulu, dan masukkan ke dalam minyak panas
  • Selepas masak, toskan dari minyak, dan letakkan di atas para untuk sejukkan sebentar
  • Selepas itu, terus golekkan churros ke dalam sugar coating untuk salutkan churros tersebut
  • Apabila semua churros telah masak, adunkan coklat dan krim masakan yang telah dipanaskan di dalam satu bekas untuk hasikan sos coklat
  • Sedia untuk dimakan

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights