caramel bread popcorn

Caramel Bread Popcorn dalam masa 15 minit

Resepi Caramel Bread Popcorn Viral Tiktok & Tips untuk buat karamel sampai jadi

Tak payah susah nak cari butir jagung, guna roti pun boleh. Lagi mudah dan tak lah bimbang popcorn tak jadi / meletup

Mudah sahaja resepinya, 5 bahan mudah sahaja. Yang penting kena pandai buat caramel sampai jadi.

Caramel bread popcorn yang telah disejukkan

Ely sendiri banyak kali buat karamel, dan setiap kali buat, mesti ada yang tak menjadi. Karamel walaupun mudah dibuat, tapi kena ada tips untuk pastikan ia jadi dengan betul.

Tambah pula di rumah, mana lah kita ada candy thermometer yang sering kali digunakan oleh pastry chef untuk memastikan suhu karamel adalah suhu yang optimum.

Jadi Ely kongsikan sekali bagaimana untuk membaiki karamel yang pecah dan tidak teradun dengan elok, dan juga tips untuk pastikan karamel menjadi dengan cantik & sedap

Contoh caramel yang tidak menjadi

Sila rujuk kepada video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas ya. Boleh juga rujuk di link di sini untuk laman web Facebook. Jangan lupa untuk follow sekali ya, Ely suka update di situ 🙂

caramel popcorn bread

Caramel Bread Popcorn Viral

Prep Time 5 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients
  

  • 2 keping roti
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar krim masakan

Instructions
 

  • Potong roti kepada petak kecil. Ely sarankan potong sekurang-kurangnya 4 x 4 (16 keping untuk 1 roti)
  • Masak sebentar di atas kuali panas sehingga ia rangup di luar
  • Untuk buat karamel, panaskan gula dan air. Biar ia cair tanpa dikacau
  • Apabila telah bewarna perang, masukkan mentega dan garam
  • Kemudian masukkan krim masakkan, sediakan roti untuk dimasukkan ke dalam karamel
  • Kacaukan roti bersama karamel hingga tersalut dengan elok
  • Sejukkan dahulu caramel bread popcorn di atas bekas asing sebelum dihidang

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights