keto brownies

Keto Brownies Tanpa Gula dan Gluten-free

Brownies Gluten-free, Tanpa Gula dan Rendah karbo

Resepi ini Ely reka, khas untuk ramai yang teringin makan brownies, tapi ada diet-restriction, seperti gluten intolerance, PCOS, insulin resistance, atau sesiapa sahaja yang nak resepi diet brownies

Ely seronok dapat menghasilkan satu resepi brownies yang tekstur dia hampir sama macam brownies betul, dan rasa yang tetap sedap dan memuaskan

Brownies ini sugar-free, gluten-free, dan rendah karbo

Yang mana yang biasa dengan resepi diet ini, akan tahu cabaran untuk mendapatkan tekstur yang tidak kering, rasa sedap dan tidak rasa macam makanan ‘diet’. Boleh faham lah ye apa yang Ely nak sampaikan

Senang cerita, lihat perbandingan di bawah, boleh tak korang bezakan antara brownies yang biasa, dan brownies yang diet?

brownie biasa vs brownies diet
Brownie biasa vs brownies diet. Mana satu ya?

Brownies diet ini, Ely ilhamkan dari brownies kedut yang original. Ely periksa rasa & tekstur brownies kedut asal, dan cuba hasilkan brownie diet ini dengan baik. Jika nak belajar cara buat brownies kedut original, boleh rujuk di sini

Sedia untuk belajar cara buat keto brownies diet? Boleh lihat di bawah ini. Kalau nak tengok di facebook, boleh rujuk di sini

https://www.youtube.com/watch?v=UpBHETY6UGg

Keto diet brownies

Brownies gluten free, sugar free dan rendah karbo
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes

Ingredients
  

  • 1/2 cawan mentega cair
  • 1/3 cawan Sugar-free chocolate (atau dark chocolate)
  • 3/4 cawan pemanis alternatif halus
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung almond
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1.5 sudu besar serbuk gelatin
  • 2 gram garam
  • 3 biji telur
  • 3/4 sudu kecil baking powder

Instructions
 

  • Preheat oven pada 170C
  • Cincangkan coklat hingga ia menjadi kecil
  • Campurkan mentega cair bersama pemanis alternatif halus hingga kembang
  • Masukkan semua bahan kecuali coklat dan juga telur. Pukulkan adunan hingga ia teradun
  • Kemudian masukkan telur satu demi satu. Pukul sekejap sahaja hanya untuk sebatikan telur
  • Masukkan coklat, lipatkan ke dalam adunan. Jangan overmix
  • Tuangkan ke dalam bekas bakar, dan pastikan ada baking lining di dalam bekas
  • Ratakan brownies diet hingga ia menutupi permukaan bekas bakar. Ketukkan hingga ia mampat
  • Bakarkan pada suhu 170C selama 30 minit

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights