kek batik pistachio basickeli

No Bake Kek Batik Indulgance Pistachio Leleh (Tanpa Telur & Gelatin)

Kek Batik Indulance Pistachio & topping coklat Leleh tanpa Oven & Gelatin

Mana yang nak kek tanpa oven , tak nak ada gelatin, boleh cuba kek batik indulgence pistachio leleh kami ni. Sekali rasa mesti tak cukup wei

kek batik pistachio basickeli

Kek Batik Indulgence Pistachio Leleh

Cara buat kek batik pistachio, cream cheese filling dan juga coklat pistachio leleh
Prep Time 20 minutes
Cook Time 45 minutes

Equipment

  • 1 baking pan 8 x 8 inci

Ingredients
  

Kek Batik Pistachio

  • 120 gram mentega
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 4 sudu besar serbuk malt
  • 3 sudu besar pistachio paste
  • Secubit garam
  • 250-260 gram biskut marie

Inti Indulgence

  • 250 gram cream cheese
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 + 1/2 sudu besar pistachio paste
  • 2 titik pistachio emulco
  • 1/4 cawan kacang pistachio

Pistachio coklat leleh

  • 1+ 1/2 cawan white chocolate Tambah 1 sudu besar lagi jika perlu
  • 3/4 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar pistachio paste

Instructions
 

  • Cairkan susu pekat, mentega & secubit garam di dalam kuali atas dapur. Gunakan api yang perlahan
  • Apabila sudah cair, masukkan serbuk malt dan kacau sehingga sebati
  • Selepas itu, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Campurkan sehingga semua biskut disaluti dengan bahan lain
  • Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci yang dilapiskan baking paper, dan tekankan sehingga mampat. Masukkan di dalam peti ais sementara siapkan inti indulgence

Cara buat Inti Indulgence

  • Lembutkan dahulu cream cheese pada suhu bilik. Lenyetkan ia supaya ia mudah dipukul dan tak berketul
  • Masukkan whipping cream, pistachio paste, pistachio emulco, dan susu pekat . Pukul sehingga kembang
  • Kemudian, masukkan kacang pistachio dan gaul sehingga sebati
  • Keluarkan kek batik yang ditekan tadi, dan tuangkan adunan inti indulgence ke dalam loyang kek. Ketukkan dan ratakan seupaya selari dengan kek batik
  • Masukkan ke dalam peti ais sementara buat coklat pistachio leleh

Cara buat coklat Pistachio leleh

  • Cairkan coklat putih dengan kaedah bain marie
  • Kemudian masukkan krim, mentega dan pistachio paste. Campur sehingga teradun
  • Keluarkan dari bain marie, dan biar ia sejuk sebentar
  • Apabila telah sejuk sedikit, keluarkan kek tadi dan tuangkan coklat leleh ke atas kek dengan melalukan spatula untuk kurangkan impak coklat ke atas kek. Rujuk video untuk lihat cara tuang coklat
  • Ketukkan kali terakhir, dan simpan di dalam chiller semalaman
  • Hidangkan sejuk-sejuk, dan simpan di dalam peti ais apabila telah dihidang. Tanpa gelatin, kek akan lebih lembut, tapi mudah juga cair jika pada suhu bilik yang terlalu panas

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights