Potato Cheesy Croquette yang Rangup & Mudah

Cuba buat resepi korokke jepun ini di rumah dengan menggunakan 6 bahan mudah cari

Boleh buat banyak-banyak dan dibekukan di dalam peti ais untuk di masak hari lain. Sesuai untuk snek mudah dan juga bekal yang mengenyangkan

croquette

Potato Cheesy Croquette ( Bebola Kentang Keju )

Prep Time 10 minutes
Cook Time 22 minutes
Servings 10 ketul

Ingredients
  

  • 3 biji ubi kentang (570g)
  • 1 biji bawang holland (114g)
  • 200 gram daging cincang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1.4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu table minyak zaiton
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya
  • Panko

Untuk sos tonkaksu halal

  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar sos Worcestershire

Instructions
 

  • Rebuskan ubi kentang yang telah dikupas dan dipotong sehingga empuk
  • Dalam satu lagi periuk, tumiskan bawang putih, dan juga daging cincang. Perisakan dengan garam. Masak hingga ia agak kering sedikit. Buang lebihan air jika perlu
  • Lenyetkan ubi kentang yang telah direbus sebentar tadi
  • Masukkan sedikit lada hitam, campuran bawang dan daging. Perasakan lagi jika perlu
  • Bentukkan setiap satu croquette sebesar tapak tangan (atau ikut selera anda). Letakkan di atas talam bakar atau permukaan rata
  • Tutupkan dengan plastik, dan simpan sebentar di dalam chiller peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam. Sebaiknya semalaman
  • Sediakan telur yang telah dipukul, tepung gandum dan panko di dalam bekas asing
  • Panaskan minyak, dan celupkan ke croquette ke dalam tepung gandum, telur dan juga panko. Ikut urutan sebegini, dan terus goreng
  • Goreng hanya selama 30-50 saat, kerana ia telah masak, dan untuk kurangkan serap minyak
  • Di dalam bekas asing, campurkan sos tonkatsu dengan masukkan sos tomato dan sos Worcestershire
  • Hidangkan panas panas 😉

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights