Dua Cara buat Resepi Potato Bubble Pillow yang viral
Pertama kali Ely buat resepi ini, tak sampai setengah jam, licin habis di makan. Sedap sampai macam itu.
Rangup, sedap, dan sangat mudah dibuat. Bukan sahaja dewasa, pasti anak-anak pun suka. Sesuai sangat untuk dibuat bekal. Gluten free, dan juga tanpa sebarang telur
Ely tunjukkan dua cara untuk buat resepi kentang goreng ini, satu dengan cara gorengan biasa (tak perlu double fry pun dah rangup, kurang berminyak) dan juga cara air–fryer untuk yang nak kurangkan kalori
Untuk cara yang lebih terperinchi, boleh rujuk video di bawah, ataupun rujuk link di sini untuk laman web Facebook. Jangan lupa untuk follow sekali ya, Ely suka update di situ 🙂
Potato bubble pillow chip
Resepi Gluten free potato chip yang empuk dan rangup
Ingredients
- 350 gram kentang (3 biji kentang)
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/4 sudu kecil garam
Instructions
- Rebuskan kentang hingga empuk. Kupaskan kulit selepas dimasakkan
- Lenyetkan kentang sehingga hancur. Masukkan tepung dan juga garam
- Adun sehingga menjadi doh. Bahagikan dan bulatkan kepada sais kecil untuk mudah dimakan
- Leperkan sedikit menggunakan garfu dan bentukkan kentang seperti nuget
- Panaskan minyak dan gorengkan selama 3-5 minit pada suhu tinggi
- Boleh terus dihidang & makan