Buat Corn in Cup Cheese dengan 4 bahan mudah, tak sampai 30 minit
Sekarang ini, mana-mana kita pergi mesti nampak orang beli jagung cheese leleh ini kan? Panjang barisannya Ely tengok. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah? Mudah sahaja nak buat, 4 bahan yang mudah didapati di pantri
Dan boleh buat berulang kali, sebab senanga sangat nak buat. Ely nak pesan ini, hati-hati bila buat ya, takut tak berhenti buat sampai terlajak makan bergelas-gelas XD
Resepi asalnya adalah daripada resepi jagung rebus mentega
(corn in cup) yang selalu kita nampak ada di supermarket dan tempat membeli belah
Tapi yang buat resepi ini istimewa adalah apabila ada rasa lemak daripada keju yang ditaburkan. Ely cuba beberapa kali untuk buat hingga rasa keju itu tak terlalu memuakkan & sedap untuk di makan
Setiap resepi ini boleh menghasilkan dua gelas jagung manis cheese leleh ini. Boleh rujuk video di atas untuk cara pembuatan yang terperinchi, ataupun boleh juga rujuk di sini untuk ke facebook Basickeli jika suka platform tersebut
Jika korang tak suka keju, boleh pilih untuk tidak menaburkan keju di atas jagung manis tersebut, dan makan begitu sahaja selepas dibancuhkan bersama sos istimewa tersebut
Ala bukan korang aje yang cepat muak dengan cheese, ely pun begitu juga
Jagung Manis Cheese Leleh Basickeli
Ingredients
- 3 cawan isi jagung
- 2 sudu besar mentega (boleh juga letak marjerin)
- 30-40 ml susu cair
- 1/3-1/2 sudu teh garam (boleh kurangkan jika hendak kurang masin)
Untuk hiasan & topping
- 1 sudu besar keju pilihan (untuk ditengah-tengah jagung) (Ely gunakan cheddar)
- 2-3 sudu besar susu cair
- 2-3 cubit keju pilihan (untuk topping) (Ely gunakan cheddar)
Instructions
- Stimkan jagung hingga masak
- Cairkan mentega, dan masukkan jagung yang telah dimasak
- Masukkan bahan-bahan lain, dan kacau hingga ia sebati. Rasa dahulu sebelum dihidang
- Tuangkan jagung manis ke dalam gelas hingga separuh
- Masukkan sedikit keju ditengah-tengah sebelum teruskan tuang jagung hingga penuh gelas
- Tuangkan sedikit susu cair ke dalam gelas, dan taburkan keju di atas jagung manis
- Kacau keju dan jagung sebelum makan, biar keju cair dahulu sebelum makan