Buat Kek Batik Basickeli lembut yang lembut tanpa sebarang oven
Resepi Kek Batik ini tidak memerlukan sebarang oven atau pembakaran. Sangat mudah, dan tiada sebarang telur diperlukan
Ini adalah kek batik yang jenis lembut, fudgy dan tak keras tau. Ramai private message (dm) Ely, kek batik yang diorang cuba banyak yang jenis keras & kering
Jangan risau, kek batik Basickeli ini sangat lembap, lembut dan penuh dengan rasa coklat. Dan Ely akan tunjukkan cara untuk nak cantikkan kek batik korang tu supaya nampak flawless dan cantik
Selain itu, Ely ada juga buat resepi kek batik versi diet, iaitu no bake keto kek batik yang gluten free dan tanpa telur. Boleh rujuk resepi kek batik keto di sini
Jika berminat untuk tengok di facebook dan save/share, boleh rujuk resepi kek batik original di sini
Kek Batik Tanpa Oven dan Tanpa Telur
Ingredients
- 1 mangkuk biskut marie (350-400g)
- 1/2 cawan mentega + 1 sudu besar mentega (120-130g)
- 3/4 cawan susu pekat (180ml)
- 4 sudu besar milo (104g)
- 1 cubit garam
Topping kek
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar susu pekat
- 4-5 sudu besar serbuk milo
- 1 sudu besar serbuk koko (15g)
Instructions
- Patahkan biskut marie
- Cairkan mentega dan masukkan susu pekat. Bancuh sehingga sebati dan cair
- Masukkan serbuk milo. Pastikan terus mengacau dan api sedang. Masukkan juga garam
- Gaulkan biskut marie yang telah dipatahkan ke dalam adunan kek
- Pastikan ia tersalut dengan elok, dan tuangkan ke dalam bekas kek yang telah dilapik
- Lenyetkan dan pastikan kek diratakan dengan elok
- Buat topping kek, campurkan semua adunan seperti mana buat kek batik asal
- Tuangkan adunan topping kek di atas kek batik yang telah diratakan. Sapu dan ratakan di atas kek batik hingga permukaan kek batik cantik dan rata
- Masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam (lebih baik semalaman)
- Keluarkan kek dan terus hidang seperti yang korang suka 🙂