kek span basickeli

Resepi Kek Chiffon Terlajak Lembut Sukatan Cawan & Gram

Rahsia buat kek chiffon yang gebu & lembut menggunakan 6 bahan mudah tanpa baking powder

Bila sebut pasal kek chiffon, mesti kita nak kek tu lembut, gebu gabas dan sedap kan? Tambah pula minum dengan air teh panas-panas. Sambil tengok cerita sinetron, ataupun sambil borak dengan kawan

Kek Chiffon yang baik, adalah kek yang lembut di dalam, tidak lembap dan tidak rasa terlalu kuat rasa ‘telur’nya

kek chiffon basickeli
kek chiffon basickeli

Oh ya,

Kek Sponge (kek span) lain tau dari kek chiffon. Kalau nak belajar buat kek span (kek sponge genoise), boleh rujuk di sini . Cara pembuatan dua kek ini berbeza walaupun kedua-duanya tiada agen penaik seperti serbuk baking powder

Sambung cerita pasal kek chiffon ya. Walaupun mudah nak dibuat, tapi ada juga pantang larang yang perlu dielakkan bila kita buat kek chiffon. Di sini Ely senaraikan 5 tips dan kesilapan buat kek chiffon. Boleh tengok dulu sebelum teruskan buat resepi Kek Chiffon Basickeli k?

kesilapan buat kek chiffon
Kek chiffon bantat (kiri), kek chiffon jadi (tengah) & kek chiffon koyak (kanan)

Ok, dah sedia untuk buat kek chiffon vanila yang gebu gabas tu? Boleh rujuk di video di bawah. Jika nak tengok dalam Facebook, dan save di sana, boleh rujuk di sini. 6 bahan mudah sahaja, tanpa sebarang baking powder atau pun baking soda diperlukan

Tak cukup gebu lagi ke tu? Lembut sangat tau
https://www.youtube.com/watch?v=otP77_3ipiw
kek chiffon vanila gebu sukatan cawan dan gram

Kek Chiffon Vanila Lembut

Buat kek chiffon dengan hanya 6 bahan mudah
Prep Time 15 minutes
Cook Time 40 minutes

Ingredients
  

  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 cawan tepung gandum (dan buang 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cream of tartar (optional)
  • 1/3 cawan gula kastor (65g)
  • 10 sudu besar minyak sayuran (50g)
  • 10 sudu besar susu segar (60g)

Instructions
 

  • Preheat oven pada suhu 165C
  • Ayak dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung bersama
  • Asingkan telur putih dan kuning
  • Pukul telur putih, cream of tartar dan gula hingga kembang
  • Dalam bekas asing, masukkan minyak dan susu segar. Campur hingga ia 'emulsify'
  • Ayakkan tepung ke dalam bekas. Campur hingga ia sebati
  • Masukkan telur kuning satu per satu hingga ia sebati dengan adunan kek
  • Letakkan sedikit meringue ke dalam adunan utama kek, dan campurkan hingga sebati
  • Campurkan adunan kek ke dalam meringue selebihnya, dan lipatkan adunan hingga ia teradun. Jangan overmix
  • Tuangkan ke dalam bekas aluminium yang tidak dilapik, dan ketukkan perlahan
  • Bakarkan kek chiffon pada suhu 160-165C selama 45-55mini
  • Sejukkkan kek terbalik selepas ia masak, pastikan ia tidak jatuh

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights