Pelbagai jenis Custard Yogurt Bread Tiktok dengan 4 bahan sahaja
Jom buat roti custard yogurt tiktok yang tengok viral tu. Tapi bukan 1 jenis je, Ely kongsikan 4 jenis. Boleh pilih nak pakai resepi mana 🙂
Yang best roti kastard ini, tak perlu nak bancuh kastard yang renyah di atas kuali. Senang sahaja pembuatan kastard tersebut. Tak sampai 30 minit, siap semua roti kastard korang tu
Boleh rujuk video di atas untuk cara pembuatan yang terperinchi, ataupun boleh juga rujuk di sini untuk ke facebook Basickeli jika suka platform tersebut
Jika suka resepi roti simple dan ringkas macam ini, cuba pula Roti Telur Terbalik Korea di sini, atau nama glamornya One Egg Pan Toast. Ia lebih kepada roti savori, dan tetap mudah untuk dibuat
Roti Kastard Yogurt Basickeli
Cara buat Custard Yogurt Bread Tiktok dalam masa 30 minit sahaja
Ingredients
Resepi Roti Kastard perisa Vanila (2 roti)
- 2 keping roti pilihan
- 3 sudu besar yogurt
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu besar pemanis / gula
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/4 cawan blueberries (optional, pilih topping korang suka)
- 1/4 cawan chocolate chips (optional, pilih topping korang suka)
Resepi Roti Kastard perisa Coklat (2 roti)
- 2 keping roti pilihan
- 3 sudu besar yogurt
- 1 biji telur ayam
- 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar pemanis / gula
- 1/2 biji pisang (optional, pilih topping korang suka)
- 1/4 cawan berries (optional, pilih topping korang suka)
Instructions
- Panaskan oven atau air fryer pada suhu 165-176C
- Ambil roti dan penyetkan bahagian tengah hingga ia nipis sedikit. Ia untuk menakung inti kastard sebentar lagi
- Bancuh bahan inti kastard (samada vanila atau coklat), dan pukul hingga ia tidak berketul
- Tuangkan di atas roti, setiap bancuhan inti boleh menghasilkan dua roti kastard
- Bakarkan roti pada suhu 165-175C selama 15-20 minit
- Hidangkan apabila roti telah sejuk sedikit