Buat roti telur terbalik unik, sedap dan mudah (One Pan Egg Toast)
Laju. Sedap. Cuma perlukan roti, dan telur.
Macam roti telur, tapi ‘with a twist’ macam tu. Ada juga rupa burger, atau egg benjo
Ely kongsikan 3 cara buat roti telur unik ini. Lepas itu, korang boleh olah ikut selera korang. Sebab ia sangat versatile, dan caranya sama sahaja nak buat
Nampak menarik sangat kan? Tak sampai 5 minit boleh siap 1 roti macam ini. Satu lagi yang best, cuma perlukan 1 pan/periuk, jadi tak perlu lah nak basuh banyak pinggan hehe.
Seperti biasa, tengok video cara buat roti telur terbalik ini. Mudah, cuma kena lihat cara Ely buat supaya lebih terang dan paham. Tak pasal-pasal nanti terkoyak – koyak pula telur ayam korang tu nanti kalau salah cara
Nak tengok di facebook, boleh rujuk di sini. Untuk youtube, tengok di bawah ini:
Roti Telur Korea Terbalik 3 Cara
Ingredients
- 3 keping roti
- 6 biji telur
- 3 sudu mentega
Instructions
- Potongkan roti kepada dua bahagian
- Pecahkan dan campurkan dua biji telur dan sedikit garam untuk setiap roti
- Panaskan pan, dan cairkan mentega. Tuangkan telur ke dalam pan dan pastikan ia menutupi permukaan pan
- Sebelum telur masak, letakkan roti di atas telur, dan terbalikkan. Letakkan kedua-dua roti, dan pastikan ia di tengah pan. Rujuk video untuk lebih terperinci
- Terbalikkan roti dan telur, dan lipatkan keempat-empat bahagian telur ke atas roti
- Letakkan sebarang inti di atas salah satu roti, pastikan kedudukan roti betul
- Lipatkan roti dan siap!