kek pisang Basickeli

Resepi Kek Pisang Mudah Pakai Blender Aje

Cara buat Kek Pisang Sukatan Cawan yang Jimat & Mudah guna Pengisar

Tak sampai 1 jam dah siap dah kek pisang korang tu 🙂

2 Cara buat Carbonara Mudah

Kalau ada aje pisang, mesti teringin buat kek pisang kan?

Resepi ini, hanya perlu sediakan bahan, dan campak sahaja ke dalam pengisar blender tu. Resepi kek pisang paling mudah, dan paling sedap!

Sewaktu Ely tengah sukat resepi ini, Ely cuba untuk kurangkan bahan-bahan yang lain untuk kurangkan kos. Macam kurangkan minyak, telur dan juga tepung. Ye lah bahan sekarang mahal-mahal kan?

adunan kek pisang
Adunan kek pisang

Kebanyakkan resepi menggunakan sekurang-kurangnya 4 biji telur, dan 1 cawan minyak. Tapi Ely cuba untuk kurangkan dan tekstur kek masih lagi gebu, moist dan juga sedap!

Selain itu, Ely juga hiaskan permukaan kek ini dengan hirisan pisang. Lagi nampak ‘rustic’ dan ‘presentable’ gitu

Ely anggarkan kos untuk buat kek pisang ini tak sampia RM15, boleh dapat murah lagi jika di Malaysia. Ye lah sebab harga barang di Saudi agak mahal, tapi tu pun berbaloi dapat kek besar macam ini hehe

Cantik je kan kek pisang ini

Kena bakar ke kena kukus?

Jawapannya, dua-dua boleh

Ely dah cuba masak dengan oven dan juga pengukus elektronik, dan Alhamdulillah elok sahaja kejadinnya

Kek Pisang Kukus vs Bakar

Dua-dua kek pisang yang Ely buat rasanya sedap dan manis. Bezanya cuma yang kukus lebih lembap dan moist, dan yang bakar lebih garing di luarnya

Dua-dua sedap, nak tau mana satu korang suka, kena lah cuba ya

Jadi tak ada alasan la korang tak boleh buat. Nak lagi senang, kena beli je lah hehe

Kalau nak tengok beza antara kek pisang dengan lebih terperinci, boleh rujuk video beza kek pisang kukus dan bakar di sini k?

Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

kek pisang basickeli

Resepi Kek Pisang Moist Paling Mudah pakai Blender

Cara buat Kek Pisang Sukatan Cawan Jimat dan Mudah guna Pengisar
Prep Time 10 minutes
Cook Time 50 minutes

Ingredients
  

  • 1/2 cawan minyak sayuran (Ely gunakan minyak jagung)
  • 3 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 mangkuk kecil pisang (anggaran 3-4 ulas pisang)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1+1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh baking powder

Instructions
 

  • Panaskan oven pada suhu 175C
  • Campurkan bahan kering iaitu tepung gandum, soda bikarbonate, baking powder dan garam
  • Kisarkan pisang, minyak, gula dan esen vanila
  • Apabila dah kisar, masukkan telur dan juga tepung, kisarkan sekali lagi
  • Godek-godekkan adunan dalam pengisar, pastikan tiada kesan tepung, kisar sekali lagi untuk 'pulse'kan semua bahan kali terakhir
  • Tuangkan ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper
  • Ketukkan dan lalukan lidi/besi untuk buangkan udara terperangkap di dalam adunan kek
  • Hiriskan pisang kepada dua bahagian dan letakkan di atas adunan kek pisang sebagai hiasan
  • Bakarkan selama 40minit- 1 jam pada suhu 175C
  • Selepas masak, sejukkan selama 30minit-1 jam. Jangan dipotong kerana takut ia relai sebab masih lembut
  • Jika nak kukus, panaskan pengukus 20 minit sebelum masak, dan masakkan selama 30 minit ke 1 jam ataupun apabila kek dah masak dengan elok

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights