garlic bread basickeli

Rangup dan Mudah! 2 Cara buat Garlic Bread Homemade

Resepi Garlic Bread Homemade Paling Mudah

4-5 bahan mudah sahaja untuk buat garlic bread homemade yang kalah pizza hut

Garlic bread dua cara

Garlic bread cuma memerlukan bawang putih, mentega, parsley dan roti. Mudah sahajakan bunyinya? Tapi ada beberapa cara untuk buat garlic bread dengan mudah

Ely akan tunjukkan dua cara; satu cara gunakan bawang putih segar, satu lagi bawang putih dari garlic confit

Cara pertama menggunakan bawang segar lebih mudah untuk dibuat, tetapi rasa dan bau bawang putih agak kuat

garlic confit
garlic confit

Cara kedua pula menggunakan garlic confit, jadi korang perlu siapkan dahulu garlic confit ini dahulu . Garlic confit adalah bawang putih yang dimasak di dalam minyak (minyak zaiton adalah paling ideal), jadi bawang akan masak dengan lembut, dan tidak kering

Cuma yang menarik tentang cara kedua (garlic confit), rasa bawang putih tak terlalu kuat & berbau tapi lebih menyeluruh dan sedap! Ely lebih suka cara yang menggunakan garlic confit ini

Rupa garlic butter (mentega bawang putih) yand telah dicampur

Yang best tentang garlic bread ini, adalah garlic butter yang kita campurkan untuk sapukan di atas roti tersebut boleh dibuat awal & disimpan dalam peti ais

Jadi kita boleh buat siap-siap dan pakai bila bila masa sahaja untuk bila rasa nak makan garlic bread

Rupa di dalam roti tanpa uli selepas potong. Legit kan?

Untuk roti pula, boleh pilih roti biasa macam roti gardenia, roti baguette ataupun roti homemade yang korang buat sendiri. Contohnya di dalam resepi garlic bread ini, Ely gunakan roti tanpa uli mudah

Kalau nak cuba, boleh tengok resepi roti tanpa uli (no knead bread) di sini

Selepas dah siap roti dan juga garlic butter , sapukan sahaja di atas roti korang, dan bakar di dalam oven, ataupun air fryer. Sedap sangat tau, rangup pula tu

Apa lagi, jom cuba resepi ini, dan bagitau resepi mana yang korang suka? Cara pertama ataupun cara kedua?

garlic bread basickeli
Garlic bread menggunakan roti tanpa uli

Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag DM sahaja kami 🙂

garlic butter

Resepi Garlic Bread Mudah dan Rangup

Cara buat garlic bread dua cara (bawang putih segar dan garlic confit)
Prep Time 10 minutes
Cook Time 10 minutes

Ingredients
  

  • 3 sudu besar mentega (pada suhu bilik)
  • 2 sudu besar bawang putih/garlic confit (dicincang)
  • 1-2 sudu besar daun parsley
  • 1 sudu teh keju parmesan (optional)
  • secubit garam
  • beberapa keping roti pilihan

Instructions
 

  • Panaskan oven pada suhu 200-210C
  • Campurkan mentega, bawang putih, keju parmesan, garam dan daun parsley sehingga sebati
  • Sapukan di atas roti dan bakar ke dalam oven pada suhu 200-210C selama 5-8 minit
  • Hidangkan terus selepas masak

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights