puding tornado milo

Cara buat No Bake Puding Milo Keju Tornado Mudah Tanpa Telur atau Gelatin!

Resepi Puding Milo Creamcheese Tanpa Oven tak sampai 1 jam

Lagi mudah dari buat resepi kek tornado coklat, dan boleh diubah jadi gluten free juga!

Jangan tengok sahaja, buat tau resepi puding tornado ini

Semenjak dua menjak ni Ely tengok ramai buat puding, salah satunya adalah resepi puding tornado milo ini

Lepas Ely test dan cuba buat, menarik betul resepi ini, sebab tak perlu sebarang telur, gelatin dan tak perlu bakar! Jadi ramai la yang boleh cuba resepi ini 🙂

Kalau nak buat gluten free, boleh tukar serbuk milo itu kepada serbuk koko. Ely akan letakkan sukatan di dalam sukatan resepi di bawah ya

Cantik kan puding in bersama 3 lapisan

Lapisan ini terdiri daripada agar-agar milo, lapisan keju cream cheese dan juga chocolate ganache di atas. Selain itu Ely juga ada letakkan taburan chocolate rice untuk mendapatkan sedikit tekstur di atas

Ely dapat dalam 4 bekas untuk resepi puding tornado. Ukuran bekas yang Ely gunakan agak besar, dalam 11cm segi empat sama

puding tornado milo
Puding tornado milo yang dah set

Ely cuma memerlukan dalam 1 jam untuk siapkan semua puding tornado ini, dan seeloknya sejukkan semalaman untuk setkan puding dengan baik

Tapi dalam video di atas, Ely cuma perlu setkan selama 2 jam pun dah boleh dimakan. Ely anggarkan ia elok untuk dimakan dalam 4-5 hari

Selain daripada resepi puding tornado ini, Ely pernah buat resepi kek tornado coklat yang pernah viral dulu! Sedap tau, boleh rujuk resepi kek tornado di sini.

Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

puding tornado milo

No Bake Puding Tornado Milo Keju Mudah

Resepi Puding Lapis Milo Keju tanpa telur, gelatin atau oven
Prep Time 10 minutes
Cook Time 45 minutes

Ingredients
  

  • 1 paket serbuk agar agar (10g)
  • 3/4 cawan serbuk milo (boleh ubah kepada 1/2 serbuk koko + 1/4 cawan gula)
  • 1/3-1/2 cawan gula kastor
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 + 1/8 cawan susu segar (500ml)
  • 1+2/3 cawan air (400ml)

Lapisan krim keju

  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 + 1/4 cawan susu segar (300ml)
  • 1 + 1/4 cawan cream cheese (280gram)
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 2 sudu besar susu pekat

Chocolate Ganache

  • 1/2 cawan chocolate chip
  • 1/2 cawan krim masakan

Instructions
 

  • Panaskan susu dan campurkan gula,susu pekat, susu segar, dan air
  • Apabila adunan milo dah terbancuh, masukkan serbuk agar-agar ke dalam adunan milo. Kacau hingga sebati
  • Tuangkan ke dalam bekas melalui penapis untuk mendapatkan tekstur agar-agar yang halus
  • Sementara menunggu lapisan agar-agar untuk set dan keras, panaskan kuali masak lapisan keju
  • Panaskan susu segar, cream cheese, gula dan susu pekat
  • Apabila dah tercampur, cedokkkan adunan keju ke dalam satu bekas, dan campurkan bersama tepung jagung hingga sebati
  • Tuangkan adunan tepung dan keju ke dalam adunan keju, dan kacau hingga ia memekat
  • Tuangkan ke dalam bekas yang agar-agar dah keras dan set
  • Masakkan chocolate chip dan juga krim masakan. Ely panaskan dalam mikrowave selama 30 saat pada setting sederhana
  • Tuangkan chocolate ganache ke atas lapisan keju, dan taburkan chocolate rice jika mahu
  • Sejukkan di dalam peti ais di bahagian chiller, sekurang-kurangnya 2 jam, tapi lebih baik semalaman

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights