spicy cucumber salad

Resepi Spicy Cucumber Salad yang Sejuk dan Sedap!

Cara buat Salad Timun Pedas Viral dengan Mudah

Resepi tengah trending dan viral ni wajib cuba, sebab senang dan sedap tau!

Spicy Cucumber Salad Mudah

Rendah kalori, cepat untuk dibuat dan kena dengan selera asia kita

Selalunya salad kita buat dengan mayonaise, minyak zaiton dan rencah western kan? Yang ini pula lebih kepada macam acar, ataupun kimchi pun ada

Bila tarik, panjang je jadi timun tu 0_0

Dan cara nak potong dia pun sangat menarik. Tak perlu sebarang alat, atau spiralizer. Guna pakai pisau sahaja sudah memadai

Dari segi perapan, 2 jam pun dah cukup dah. Tapi kalau semalaman lagi best!

Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

spicy cucumber salad

Spicy cucumber salad viral

Salad timun pedas yang rendah kalori dan sedap!
Prep Time 1 hour 10 minutes

Ingredients
  

  • 3-4 biji timun jepun
  • 1 sudu besar garam (untuk perap)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar gula / pemanis alternatif
  • 1-2 biji cili padi
  • 1-3 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 sudu besar minyak bijan (optional)

Instructions
 

  • Sepitkan timun di antara dua chopstick, dan potongkan sebelah 45 darjah
  • Pusingkan timun dan pusingkan kepada 45 darjah sebelah lagi. Pastikan bertentangan arah untuk mendapatkan corak spiral tersebut. Untuk lebih penerangan, boleh rujuk video ya
  • Tuangkan garam, dan biar ia perap sekurang-kurangnya 1 jam atau bila air dah keluar. Bilas bersih sebelum digunakan
  • Sediakan perapan. Masukkan kicap, cuka, gula/pemanis, cili padi dan bawang putih. Boleh letak minyak bijan jika suka
  • Tuangkan ke dalam bekas bersama timun, gaul dan perapkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1-2 jam
  • Hidangkan sewaktu ia sejuk

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights