Resepi Pavlova Mini Mudah Sukatan Cawan
Salah satu resepi paling popular Basickeli adalah Pavlova! Sebab senang buat dan Confirm boleh jadi
Sebelum dapat buat resepi pavlova yang confirm jadi ini, Ely buat banyak kali juga untuk dapatkan tekstur Pavlova yang terbaik; Rangup di luar, dan lembut macam marshmellow di dalam
Mula-mula Pavlova berair, tak masak dengan elok. Lepas itu pavlova terlampau nipis dan mudah pecah. Lepas itu pavlova melekit pula. Walaupun hanya pakai 4 bahan mudah, tapi punya la banyak ragamnya
Bahagian penting untuk pavlova adalah:
- Tekstur meringue. Ia perlu dipukul dengan betul, tidak berair, tidak terlebih pukul, dan stabil. ‘Peak’ meringue mestilah mampu berdiri dengan elok tetapi tidak ‘berpasir’
- Cara bakar Pavlova. Bakar panas sangat, dalam tak masak. Bakar pada suhu rendah sangat, ia tak rangup dan melekit di luar. Jadi resepi Pavlova Basickeli dibakar pada dua suhu; pada suhu tinggi (210C) dan suhu rendah (110C)
Kemudian bila dah siap pavlova, cara sejukkan juga sangat penting. Kita tak boleh sejukkan serta merta, ia akan pecah. Seeloknya biar lah ia sejuk di dalam oven tersebut. Jangan terlalu rushing untuk siapkan pavlova secepat mungkin
Bab hias pavlova pula satu lagi bab. Selalunya pavlova dihiaskan dengan whipping cream dan buah-buahan untuk seimbangkan rasa manis dari pavlova. Selain itu, boleh juga gunakan jem, lemon turds, coklat ataupun caramel
Secara peribadi, Ely lebih suka hias dengan whipping cream dan buah-buahan. Tambahan pula buah yang ada sedikit kemasaman, seperti kiwi, strawberry dan berries. Ia mengimbangkan rasa manis pavlova dan naikkan lagi rasa selera nak makan pavlova tanpa muak
Senang cerita, kalau nak lebih jelas cara buat pavlova, boleh rujuk video di atas ataupun Facebook Basickeli di sini
Cara buat Mini Pavlova Confirm Jadi! (5 Bahan Mudah)
Ingredients
Untuk Pavlova
- 4 biji telur putih (122g)
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu teh cuka makan (atau jus lemon / cream of tartar)
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanila esen
Untuk Hiasan
- 200-300 ml whipping cream
- 1-2 sudu besar gula kastor (optional – Ely tak letak)
- 2-3 jenis buah buahan pilihan (Ely guna berries dan anggur)
Instructions
- Preheatkan oven pada suhu 210-220C selama sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bakar
- Pukulkan putih telur hingga kembang sedikit, dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit
- Kemudian masukkan bahan lain seperti cuka makan, tepung jagung dan esen vanila. Pukul hingga kembang elok dan tiada lebihan gula di dalam meringue
- Ambil baking paper, letakkan di atas baking tray, dan lukiskan bulatan kecil di atasnya dengan pensil. Ely lukiskan dalam 4-5 bulatan. Pastikan tidak terlalu dekat kerana pavlova akan kembang
- Tuangkan meringue di atas bulatan, anggarkan supaya semua saiz yang sama. Putar dan ratakan permukaan pavlova di atas baking paper. Rujuk video untuk lebih jelas cara untuk bentukkan pavlova dengan cantik
- Masukkan meringue ke dalam oven yang panas, dan bakarkan ia pada suhu 210C selama 12-20 minit. Jangan tinggalkan dan perhatikan pavlova anda. Pastikan ia gelap sedikit di luar dan mula kembang
- Selepas ia sudah gelap sedikit dan tidak lagi kembang, turunkan ke suhu 110C, dan bakar selama 110-150 minit. Pada 90minit, boleh periksa jika pavlova dah masak atau tidak
- Tutup oven, dan biar pavlova sejuk di dalam oven sehingga ia sejuk sendiri. Anggaran dalam 1-2 jam
- Boleh terus hidang bersama whipping cream dan buah. Jika tidak mahu hidang lagi, simpan pavlova di dalam bekas yang kering. Simpankan di tempat gelap, tidak lembap atau panas. Boleh simpan selama 1-3 hari maksimum