bebola kentang cheese

Bebola Kentang Cheese yang Rangup dan Boleh Dibeku! Pasti Anak-anak suka

Resepi Potato Cheese Ball Gluten Free Sukatan Cawan

Tengah cari snek atau bekal yang mudah dibuat, gluten free dan rangup untuk di makan? Cuba resepi bebola kentang cheese mudah ini

Potato ball ini rangup dan gebu di dalam

Korang pun tau kan, Ely cukup suka resepi mudah, dan yang boleh BEKU. Hehe, kalau boleh beku tu Ely cukup suka dan mesti cuba buat sampai jadi.

Bukan sahaja ia mudah, barang pun yang mudah didapati, tapi ia juga gluten free. Sesuai untuk mereka yang nak cari snek gluten free yang sedap, senang dan rangup

Bebola kentang keju yang hanya gunakan 5 bahan mudah aja

Mula-mula Ely cuba buat resepi ini, Ely masukkan isi keju di dalam bebola kentang tersebut. Tapi sewaktu goreng, dia suka meletup dan inti keju meleleh keluar

Bukan sahaja inti bebola kentang itu kosong dan berminyak, tapi tak rangup juga. Warna pun macam kuning cair sahaja

Bebola kentang tak jadi. Kempis dan tak rangup

Jadi pastikan ikut sukatan Ely berikan, dan campurkan sekali keju di dalam adunan tersebut. Lebih baik jika jumpa keju yang halus-halus. Lebih cantik gorengannya, dan keju tak mudah terkeluar dari adunan (dan kurang meletup!)

Selain daripada resepi bebola kentang ini, cuba juga resepi crispy potato pillows di sini. Bahan yang hampir sama, tanpa cheese, gluten free dan tetap rangup

crispy potato pillows
Crispy potato pillows

Satu lagi resepi yang korang kena cuba adalah hashbrown ala McDonald! Rujuk resepi di sini. Hanya anggaran 28 sen setiap satu, sangat mudah, gluten free, boleh beku, dan memang berbaloi-baloi nak membuatnya. Ramai dah cuba, dan ramai yang berpuas hati!

hashbrown ala mcd
Hashbrown ala mcdonald yang ikhlas intinya bab laki Ely cakap
bebola kentang cheese

Bebola kentang keju mudah dan rangup

Resepi potato ball cheese sukatan cawan
Prep Time 20 minutes
Cook Time 50 minutes

Ingredients
  

  • 550 gram Ubi kentang (dalam 3-4 biji)
  • 5 sudu besar keju mozarella
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil lada hitam

Instructions
 

  • Kupaskan kulit kentang, potong dan rebuskan ubi di dalam air sehingga ia empuk (dalam 25-40 minit)
  • Keluarkan dari air panas, dan sejukkan sebentar kentang sebelum dilenyetkan. Sediakan bahan lain
  • Lenyetkan ubi kentang sehingga tiada ketulan, dan masukkan semua bahan ke dalam ubi kentang lenyet
  • Kemudian, sediakan air untuk digunakan untuk mudah membulatkan kentang. Basahkan sedikit tangan supaya kentang tidak mudah lekat atas tangan
  • Bulatkan sebesar bola ping-pong atau lebih kecil dari itu. Lebih besar bebola kentang, lebih banyak ia serap minyak
  • Panaskan minyak, dan gorengkan hingga ia perang keemasan. Pastikan tiada bebola yang melekat sekali untuk elakkan ia meletup apabila dipecahkan
  • Terus hidang, ataupun bekukan bebola kentang yang tidak digoreng lagi

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights