Tanpa Red Velvet Emulco! Resepi Donut Red Velvet Mudah

Rahsia Red Velvet Donut Merah Cantik & Gebu Tanpa RED VELVET EMULCO 

Buat sendiri resepi donut red velvet yang tengah trending tu di rumah korang

Donut Red Velvet Merah Cantik
red velvet donut

Resepi Red Velvet Donut Gebu dan Cantik

Cara buat red velvet donut yang cantik merah tanpa red velvet emulco
Prep Time 2 hours 30 minutes
Cook Time 40 minutes

Ingredients
  

  • 2 1/2 cawan tepung gandum (atau tepung high protein)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur ayam (gred b)
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sudu besar marjerin / mentega
  • 1/2 sudu besar instant yis
  • 140-150 ml air sejuk
  • 1.5 sudu besar pewarna merah (Ely guna water base coloring)
  • 1 sudu teh cuka makan

Salut susu

  • 1/4 cawan tepung susu
  • 1/4 cawan gula aising

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga ia menjadi elastik dan tidak terlalu melekat
  • Bentukkan doh membulat di atas meja/permukaan rata yang ditaburkan sedikit tepung, dan masukkan di dalam satu bekas bersih. Tutupkan dan biar doh rehat selama 30-60 minit
  • Apabila doh dah sedia untuk dibentukkan, asingkan doh kepada doh kecil seberat 37-42gram setiap satu. Lapikkan di atas baking paper
  • Bentukkan setiap doh kecil kepada bentuk donut. Leperkan sedikit, buat lubang di tengah, renggangkan sebesar 50sen, dan letak kembali keatas baking paper tadi
  • Tutupkan dengan kain bersih/plastik untuk proofkan kali kedua sehingga ia naik setengah kali ganda
  • Panaskan minyak, pastikan minyak yang cukup dalam untuk menggoreng donut. Seeloknya 30 minit sebelum goreng
  • Gorengkan pada suhu yang rendah, dan balikkan donut hanya 2 kali sahaja untuk elak donut menyerap terlalu banyak minyak
  • Siapkan bahan salut susu di dalam satu bekas, dan masukkan donut ke dalam salut susu. Boleh salutkan apabila donut separa panas / telah sejuk sedikit
  • Terus hidang 🙂
  • Jika nak bekukan, terus bekukan selepas bentukkan donut sebelum proofing kedua. Apabila telah bersedia untuk masak, keluarkan dari freezer, dan sambungkan proofing kali kedua. Bila donut dah kembang elok, masak seperti biasa

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights