kek coklat moist basickeli

Kek Coklat Moist Paling Best Buat!

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan bersama Topping Coklat

Kek coklat moist adalah salah satu kek kegemaran Ely, dan resepi kek coklat moist ini adalah resepi kek coklat moist yang paling Ely suka 🙂

Kek Coklat Moist Paling Best, i mean, tengok betapa cantik kan?

So untuk buat resepi kek ini, ada dua bahagian, satu adalah resepi kek tersebut, dan kedua adalah coklat topping di atas kek tersebut

Yang best tentang topping /aising kek ini, adalah kita tak perlu nak buat chocolate ganache, atau aising coklat. Kita cuma perlu letakkan chocolate bar di atas kek tu. Sedap & mudah kan? Pilih sahaja coklat kegemaran korang 🙂

Walaupun kek dah sejuk, chocolate bar di atas tetap lembut juga jadi boleh dimakan pada hari yang sama atau hari yang lain. Chocolate topping akan tetap lembut di atas

Kek coklat moist baru lepas bakar

Dan, elemen utama resepi kek ini, iaitu kek coklat moist tersebut. Yang membuatkan kek coklat ‘moist’ adalah dari lemak (seperti minyak ataupun mentega) ataupun air. Untuk resepi ini, Ely gunakan air. Jangan risau bila nampak agak cair, asalkan bakar dengan elok, insyallah cantik kejadiannya

Adunan kek coklat moist yang leleh

Apa yang Ely suka tentang resepi ini adalah bahannya mudah, tak perlu teknik apa pun, bancuh dan bakar sahaja. Dan ia adalah, sangat SEDAP! Bila Ely dah buat, dalam masa satu minggu tu, Ely buat beberapa kali sebab teringatkan betapa sedap, dan mudah nak buat

Jadi kalau korang tanya apa resepi kek coklat moist apa yang paling best, Ely recommend resepi kek ini! Boleh rujuk video di atas ataupun Facebook Basickeli di sini

Best chocolate moist cake ever 🙂
kek coklat moist basickeli

Kek Coklat Moist Paling Mudah dan Sedap

Resepi kek coklat moist sukatan cawan mudah
Prep Time 15 minutes
Cook Time 50 minutes

Ingredients
  

  • 2/3 cawan tepung gandum (78g-83g)
  • 1/4 cawan serbuk koko (25g)
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega (115g)
  • 3/4 cawan gula kastor (150-160g)
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2-2/3 cawan air
  • 1 secubit garam

Instructions
 

  • Preheatkan oven pada suhu 170C
  • Pukulkan mentega dan gula sampai kembang sedikit
  • Masukkan telur di dalam adunan mentega gula, campur hingga sebati
  • Masukkan bahan kering lain seperti tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam ke dalam adunan basah, campurkan hingga semua bahan teradun
  • Tuangkan air ke dalam adunan, dan sediakan bekas kek yang telah dilapik dengan baking paper. Tuangkan adunan kek ke dalam bekas kek
  • Untuk cantikkan kek, cari bekas yang sais hampir sama dengan sais chocolate bar yang akan diletakkan
  • Bakarkan kek selama 30-45 minit pada suhu 170-175C. Jangan switch off lagi oven
  • Keluarkan kek selepas masak, dan letakkan chocolate bar di atas kek. Pastikan chocolate bar tak patah untuk lebih cantik
  • Bakarkan selama 1-3 minit untuk lembutkan kek, dan keluarkan dari oven

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights