donut cheese caramel starbucks

Viral! Buat Sendiri Donut Cheese Caramel ala Starbucks

Resepi donut susu mudah dan sos karamel kurang manis

Bukan main viral ye donut cheese starbucks sekarang ini. Apa kata buat sendiri di rumah? Jatuh satu donut dalam RM2.97, berbading RM6.90 Donut Double Cheese Starbucks tu

Mochi Ais Krim dua Bahan

First time Ely tengok donut ini adalah menerusi aplikasi tiktok.

‘Eh, starbucks ada donut viral? Dah kenapa pulak viral tu?’

Bila diteliti, oh, ada cheese, ada karamel. Patut la viral. Letak aje dua bahan ini, mesti akan viral hehehe

Jadi Ely teringin nak cuba, sedap sangat ke kan resepinya. Di Saudi tak ada, ada donut Starbucks biasa je, harga pun SAR9 huhu

Pelbagai perisa mochi ice cream boleh dibuat

Sebelum buat tu Ely anggap biasa je la kot donutnya. Tapi bila dah buat,

‘Wow, patut la viral’

Memang sedap. Dan untuk resepi ini, Ely ubah beberapa elemen donut ini untuk buat dia lagi sedap:

  1. Tekstur donut. Ely buat donut itu dengan mempunyai permukaan yang agak rangup. Starbucks punya donut agak gebu. Bayangkan beza antara roti biasa ditambah dengan keju, dan bandingkan dengan roti cheese yang sudah digrill rangup. Ha gitu.. Rangup itu membantu untuk ‘balance’kan rasa lemak keju, jadi kurang muak sedikit
  2. Sos Karamel kurang manis. Antara satu feedback yang Ely tengok ramai letak adalah sos karamel starbucks agak manis. Jadi Ely kurangkan rasa manis, tapi lemak karamel dan ditambah pula dengan garam menjadikan ia ‘salted caramel’. Sesuai dengan rasa savori donut cheese dan match-made in heaven gitu

Dan untuk memudahkan ramai buat, Ely tunjukkan dua cara bentukkan donut empat segi ini. Ye lah selalunya donut yang kita buat kan bulat bentuknya. Yang ini pula empat segi, jadi ada dua cara mudah untuk bentukkan donut kepada empat segi sama

  1. Satu cara dalah menggunakan pisau dan pembaris
  2. Cara kedua pula adalah menggunakan cookie cutter empat segi (7-7.5cm)

Kedua-duanya mudah, tapi Ely lebih suka cara kedua kerana lebih kemas dan cepat

Donut empat segi

Dan Ely juga test antara letak 1 atau 2 cheese di atas donut tersebut. Ye lah pelik juga kenapa kena double cheese kan?

Rupanya ada sebab ia double cheese, dia lagi sedap, dan berkrim. Ely bukan la peminat cheese tegar. Kalau boleh dalam burger tu tak nak cheese pun, tapi untuk resepi ini, dua cheese lain rasa dia dari satu cheese

Tetapi, kalau nak kurangkan kalori dan jimat, boleh sahaja letakkan satu cheese, memadai dan tetap sedap rasa dia

Tengok sahaja keratan rentas donut cheese leleh tu, adui la bikin lapar je
donut cheese caramel starbucks

Donut Cheese Caramel ala Starbucks

Resepi Donut Susu Mudah dan Sos Karamel Kurang Manis
Prep Time 5 hours 15 minutes
Cook Time 15 minutes
Servings 11 biji

Ingredients
  

Resepi Donut Susu Rangup (menghasilkan 10-11 donut)

  • 2 sudu kecil instant yis
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu kecil gula (untuk aktifkan yis)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula kastor (untuk maniskan donut)
  • 4 sudu besar susu cair
  • 1/2-2/3 cawan air suam
  • 1.5 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh garam
  • 2 keping keju (untuk setiap satu donut) (ely gunakan keju cheddar, anggaran 11-22 keping cheese)

Resepi Sos Karamel Kurang Manis (untuk 10-11 donut)

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1.5 sudu besar mentega
  • 5-8 sudu besar krim masakan (boleh ganti dengan whipping cream atau heavy cream)
  • 4-8 sudu besar krim masakan (jika sos karamel pekat, boleh carikan dengan krim tambahan)

Instructions
 

  • Campurkan air suam, yis dan gula. Aktifkan yis selama 10-15 minit
  • Campurkan semua bahan donut dalam satu bekas, dan masukkan campuran yis. Gaul hingga teradun dengan elok
  • Jika adunan agak kering, tambahkan 1-3 sudu besar air, bentukkan doh hingga bulat (melekit tidak apa)
  • Tutup doh dengan plastik ataupun kain basah, dan proofkan selama 2-3 jam atau hingga doh menjadi dua kali ganda. Letakkan di tempat yang suam, dan tidak kering
  • Selepas 2-3 jam, keluarkan doh yang dah 'proof' dan ulikan ia sebentar selama 5 minit. Gunakan sedikit tepung untuk mudahkan proses pengulian
  • Ulikan doh kepada ketebalan setengah inci, dan bentukkan donut kepada sais 7-7.5cm lebar. Boleh potong menggunakan pisau dan pembaris, ataupun terap dengan cookie cutter bentuk segi empat
  • Letakkan donut di atas talam bersih yang dilapik dengan baking paper, dan tutup dengan kain lembap. Proof kan selama 1-2 jam atau hingga naik 1/2 kali dari saiz asal. Jangan overproof
  • Mulakan buat sos karamel. Cairkan gula di atas pan panas, dan masukkan mentega apabila ia dah cair. Tuangkan krim masakan sedikit demi sedikit dan campurkan sehingga sebati. Letak tepi dahulu untuk sejukkan
  • Apabila donut dah sedia untuk dimasak, tuangkan minyak ke dalam kuali. Pastikan ia agak dalam untuk masakkan donut dengan seragam. Panaskan minyak
  • Gorengkan donut dan balikkan apabila ia mula kembang. Pastikan balikkan donut untuk mendapatkan warna seragam di dua-dua belah donut tersebut
  • Potongkan donut kepada dua bahagia, dan letakkan 1-2 keju di dalam donut
  • Panaskan di dalam mikrowave selama 20-30 saat
  • Periksa sos karamel, jika ia sudah sejuk tetapi agak pekat, campurkan lagi 5-8 sudu besar krim hingga ia cair kembali
  • Tuangkan sedikit sos karamel di atas donut tersebut, dan terus hidangkan 🙂

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights