kek marble jelita versi diet

Kek Marble Jelita Versi Diet

Kek Marble Jelita Versi Diet: Kek Rendah Karbo dan Gluten Free

Resepi Kek Marble Jelita Versi Diet ini Ely reka khas untuk yang memerlukan diet yang gluten free atau pun hendak merendahkan karbohidrat di dalam diet. Tiada sebarang gula digunakan. Ely tukarkan kepada pemanis alternatif

Untuk resepi kek marble jelita viral diet ini, kek marble ini sukatan gram, kerana penggunaan sukatan cawan dalam resepi ini mungkin menghasilkan kek yang lain tekstur dia.

Kita perlu kiraan yang lebih tepat. Kek marble senang je nak buat, sedap dan gebu, wangi sangat 🙂

kek marble jelita versi diet yang lembut dan gebu
Kek marble jelita versi diet yang lembut dan gebu

Selalunya untuk mendapatkan tekstur kek gluten free terutamanya mengunakan tepung almond adalah sangat sukar, sebab tepungnya tiada gluten, lebih tebal dan padat. Ia tak mampu menghasilkan gluten yang membuatkan kek lebih lembut

Tetapi dengan menggunakan teknik yang Ely kongsikan di dalam resepi ini, kek marble jelita versi diet ini adalah lembut, lembap dan gebu. Rasa mentega pun sangat sedap.

Cara melorek kan corak di atas kek juga Ely akan tunjukkan. Di dalam resepi ini, Ely lukiskan corak bunga yang simple, hanya dengan menggunakan serbuk coklat dan sudu.

Tiada piping bag atau pewarna diperlukan. Sila tonton video di bawah untuk cara yang lebih terperinci, atau rujuk link di sini

cara lukis corak kek marble
Cara lukis corak kek marble

P/s: Ely juga ada menghasilkan Cara buat Kek Marble Jelita Viral, yang sangat popular dengan lebih 300,000 view di Facebook. Boleh rujuk kepada post blog di sini, atau tonton di post facebook ini.

Ely tunjukkan cara membuat kek marble jelita menggunakan bahan mudah cari dan dalam sukatan gram serta cawan. Termasuk juga cara untuk menghasilkan corak marble dan kekalkan warna tanpa hangit.

kek marble jelita versi diet basickeli

KEK MARBLE JELITA VERSI DIET

Cara buat kek marble jelita versi. diet rendah karbo dan gluten free. Termasuk cara melukis corak bunga di atas kek marble
Prep Time 30 minutes
Cook Time 1 hour 15 minutes
Course Dessert, gluten free, kek, keto, keto desert, kuih muih, rendah karbo, resepi diet
Cuisine Asian

Ingredients
  

  • 80 gram mentega cair
  • 50 gram pemanis alternatif (Ely gunakan lakanto)
  • 115 gram tepung almond
  • 5 biji kuning telur (telur gred B sekurang-kurangnya)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60 gram heavy cream / cooking cream
  • 1/8 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk koko (untuk corak marble)
  • sedikit air (untuk cairkan adunan koko)

Bahan Meringue

  • 5 biji telur putih (telur gred B sekurang-kurangnya)
  • 1 sudu teh pemanis alternatif (Ely gunakan lakanto)
  • 1/2 sudu teh cream of tartar (optional)

Instructions
 

  • Panaskan oven pada suhu 300F. Lapikkan bekas kek dengan baking sheet/kertas minyak. Ely gunakan bekas kek empat segi berukuran 6 inci. Melapik kek dengan kertas tersebut akan memudahkan proses pengeluaran kek dari bekas
  • Asingkan antara putih telur dan kuning telur. Pastikan tiada benda asing di dalam putih telur terutamanya
  • Pukulkan putih telur sehingga separa kembang, dan masukkan cream of tartar. Selepas kembang sedikit, masukkan pemanis alternatif sehingga meringue kembang dan ada 'peak'. Letak tepi dahulu
  • Untuk adunan utama kek, pukulkan telur kuning dan pemanis alternatif di dalam mangkuk sehingga sebati
  • Masukkan mentega cair dan juga bahan-bahan lain seperti baking powder, sedikit garam untuk naik rasa, heavy cream dan esen vanila. Apabila adunan sudah sebati, masukkan tepung almond
  • Apabila adunan utama kek dah siap, masukkan sedikit meringue sedikit ke dalam adunan utama. Lipat/pukul dengan perlahan sehingga adunan utama kita cerah sedikit
  • Teruskan masukkan meringue kita, lipatkan sedikit demi sedikit sehingga sebati elok. Jangan pukul terlalu kuat, nanti kek akan bantat. Rujuk video untuk cara adun kek yang sesuai
  • Asingkan sedikit adunan kek (dalam 2-3 sudu besar) jika anda hendak buat corak kecil. Masukkan serbuk koko sedikit dan adun sehingga sebati. Jika terlalu likat, masukkan sedikit air untuk cairkan adunan
  • Untuk membuat lukisan bunga di atas kek, Ely sarankan rujuk kepada video untuk tutorial lukis corak kek marble bunga dengan lebih terperinci. Nak cerita dalam ni susah betul hihi
  • Selepas seluruh permukaan kek telah diwarnakan, gunakan pencucuk untuk melukis corak pelangi pucci itu. Tonton video untuk lebih jelas
  • Bakar kek pada suhu 280F selama 40 minit sehingga 1 jam. Pusingkan kek tersebut setiap 15 minit untuk memastikan ianya masak sekata dan tidak merekah. Cucukkan kek dengan pencucuk untuk memastikan kek masak elok
  • Untuk buat 'quilt pelamin' terbalikkan kek selepas selesai bakar di atas para atau cooling rack. Terbalikkan dengan perlahan dan biarkan kek berehat sekurang-kurangnya 30 minit – 1 jam

Notes

  1. Ely menggunakan oven yang apinya di atas dan di bawah. Selepas 30 minit, dan permukaan kek mula garing dan gelap, tetapi kek tak masak di dalam, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk memastikan permukaan kek tidak terbakar. Jika anda menggunakan oven yang boleh ubah setting apinya, anda boleh juga hanya membakar kek dengan menggunakan api bawah SELEPAS 30 minit. Sebelum itu, bakar menggunakan api atas dan bawah
  2. Untuk mendapatkan ‘quilt pelamin’ yang terang dan tidak merekah, kek perlu diterbalikkan di atas cooling rack atau para selepas ia selesai dibakar. Menebalikkan kek marble selepas ia telah sejuk boleh menyebabkan ‘quilt pelamin tidak terang. Atau menyebabkan kek mudah merekah
  3. Ada yang tanya boleh tak pakai tepung gluten free lain? Boleh, tetapi kemungkinan tekstur dan kelembapan kek tak sama. Jadi Ely masih sarankan guna tepung almond kerana ia lebih mudah didapati dan tak meragam 🙂
Keyword cara lukis corak kek marble, kek butter marble, kek marble, kek marble jelita versi diet, kek marble pelangi, kek marble pelangi pucci, resepi kek marble jelita viral, resepi kek marble viral

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights