kek tornado coklat

Kek Tornado Viral Yang Mudah & Sedap 420K View & 12.8K Reshare!


Resepi Tornado Coklat Leleh yang Berhantu & Mabeles

Kek Tornado ni agaknya namanya inspirasi dari pergerakkan ‘tornado’ cream cheese yang dibuat dalam resepi ini. Kek tornado coklat leleh ni terdiri daripada tiga komponen penting iaitu kek coklat, krim dari krim cheese dan juga coklat ganache

Kek ini sangat mudah, banyak-banyak kek Ely buat, ini adalah salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat, fail-proof dan sedap! Puas hati la buat, dan rasa dia memang torbaiiiik 🙂

kih dan kek tornado
ha, buat apa si putih tu..

Untuk resepi kek tornado viral ini, kek marble ini sukatan cawan dan gram, nak pakai yang mana-mana pun boleh sebab kek ini tak cerewet dan manja jika dibandingkan seperti kek marble jelita.

Nak pakai bekas apa pun boleh, tapi kalau nak buat untuk makan sendiri, Ely sarankan pakai bekas kaca. Sebab boleh nampak dari tepi, nampak cantik dan ‘visually pleasing’

kek tornado coklat
Kek tornado coklat, jangan risau Kih ambik bau je

Untuk buat kek ini lebih best, taburkan sesuatu yang rangup di atas kek ini, seperti serpihan kek yang rangup, biskut coklat atau chocolate rice. Perbezaan tekstur dari segi kek, krim dan bahan rangup membuatkan kita lebih seronok merasai kek ini. Serius tak tipu 🙂

Untuk adunan kek ini, Ely dapat dua bekas kek berukuran 6-7 inci. Jika korang nak buat dalam bekas yang lebih kecil untuk meniaga, atau untuk memberi kepada orang lain kan. Boleh juga masakkan di dalam bekas aluminum, ataupun bekas plastik (tapi jangan bakar dalam bekas plastik pula)

Kek coklat ini boleh dibakar ataupun dikukus

Cara buat krim juga adalah penting, supaya ia menjadi dengan elok, tak berketul dan terbentuk dengan elok Sila tonton video di bawah untuk cara yang lebih terperinci, atau rujuk link di sini

kek tornado viral
Cara lukis corak kek marble

P/s: Ely juga ada menghasilkan Cara buat Kek Marble Jelita Viral, khusus untuk yang berdiet, rendah karbo dan gluten free . Boleh rujuk kepada post blog di sini, atau tonton di post facebook ini.

Apa lagi, jom cuba resepi kek tornado viral coklat leleh ni, confirm tak menyesal, sedap weh!

kek tornado viral

KEK TORNADO VIRAL

Kek Tornado Viral Coklat Meleleh yang Mudah dan Sedap

Ingredients
  

  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 susu besar susu pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu teh garam (optional)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak sayur/minyak masak/mentega cair

Krim cheese

  • 300 gram krim cheese (seeloknya suhu bilik)
  • 3 sudu besar sudu pekat
  • 1 sudu besar jus lemon (optional)
  • 300 ml whipping cream

Chocolate Ganache

  • 250 gram semi sweet chocolate chip
  • 250 gram heavy cream/whipping cream

Instructions
 

  • Campurkan bahan kek yang basar (telur, gula, susu pekat, minyak sayur, susu, garam )
  • Selepas bahan basar teradun, masukkan bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda
  • Isikan di dalam bekas pilihan setinggi 1/3 ketinggian bekas itu
  • Bakar pada suhu 350F (177 Celcius) selama 30 – 40 minit
  • Sementara kek tengah masak, pukulkan whipping cream sehingga kembang dan masukkan ke dalam peti ais
  • Campurkan bahan-bahan krim cheese yang lain sehingga sebati. Selepas itu boleh lipatkan ke dalam whipping cream yang kira dah campur sebentar tadi
  • Masukkan ke dalam piping bag, dan sejukkan di dalam peti ais
  • Untuk chocolate ganache, panaskan heavy cream, tapi jangan sampai mendidih
  • Tuangkan heavy cream yang panas ke dalam chocolate chip dan gaul sehingga sebati
  • Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sebentar, dan potongkan kepada dua bahagian (rujuk video untuk cara memotong dengan betul)
  • Letakkan satu bahagian di dalam bekas kek kita, dan paipkan krim cheese kita ke atas kek itu. Pastikan korang pandai agak untuk memastikan krim cheese itu mencukupi untuk semua kek korang
  • Letakkan kek seterusnya di atas krim cheese itu, dan paipkan krim cheese sehingga menutupi permukaan kek. Rujuk video untuk cara paip krim cheese dengan cantik
  • Tuangkan chocolate ganache di atas kek, dan taburkan sebarang topping pilihan seperti serpihan biskut atau kek
  • Masukkan ke dalam peti ais selama 1-2 jam, dan boleh dihidang 🙂

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights