potato hotteok basickeli

Cara buat Hotteok 2 Jenis Inti (Gluten Free)

Resepi Potato Hotteok dari ubi kentang 3 bahan aje

Buat sendiri resepi hotteok korea di rumah menggunakan tiga bahan sahaja. Gluten free, boleh beku dan pelbagai jenis inti boleh digunakan

Cheesy Potato Hotteok dua inti

Hotteok adalah snek jalanan yang popular di Korea. Kalau kita suka makan cekodok, murtabak, diorang pula suka makan hotteok ini

Hotteok asal dibuat dari adunan roti (tepung, yis, telur dan sebagainya), tapi untuk resepi ini, kita buat hotteok dari ubi kentang. Sebabnya adalah ia lebih mudah dan gluten free

Cara masak hottoek adalah di atas kuali bersama minyak panas

Yang best tentang hotteok adalah ia ada inti, dan kita boleh letak apa-apa inti yang kita suka. Untuk resepi ini, kita guna dua inti; satu manis dan satu lagi savori. Ely letakkan satu inti adalah guna perang dan kacang, dan satu lagi guna keju

Kalau korang nak letak inti lain pun ok je, asalkan korang suka

Salah satu inti hotteok, guna gula perang dan kacang

Seperti biasa, resepi yang boleh beku ini adalah resepi yang Ely suka, termasuk lah resepi potato hotteok ini. Lepas bulatkan, leperkan siap-siap, dan lepas itu terus bekukan di atas talam di dalam freezer

Selepas ia dah keras, boleh masuk ke dalam bekas atau zip lock bag. Nak masak nanti cuma bawak keluar, bagi lembut sedikit. Lepas tu goreng sahaja macam biasa

Potato hotteok guna keju mozarella

Enjoy betul buat resepi ini. Sebab tak susah dan comel-comel je hotteok tu.

Boleh rujuk video di atas ataupun Facebook Basickeli di sini

potato hotteok

Resepi Potato Hotteok Dua Jenis Inti

Resepi Hotteok Gluten Free guna 3 Bahan sahaja
Prep Time 15 minutes
Cook Time 40 minutes

Ingredients
  

  • 3 biji ubi (650g)
  • 6 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula kastor

Inti Hotteok

  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar kacang kisar
  • 4-5 sudu besar keju mozarella

Instructions
 

  • Rebuskan ubi yang telah disiat kulit, dan dipotong. Sejukkan sebelum diramas
  • Campurkan adunan inti di dalam bekas satu lagi (jika buat inti manis)
  • Masukkan ubi, tepung ubi, garam dan gula di dalam satu bekas, dan gaul hingga sebati. Bentukkan kepada satu doh besar
  • Asingkan doh kepada beberapa bebola kecil (sekecil bola ping pong)
  • Lenyetkan doh kecil, dan masukkan inti yang korang nak, kemudian uli ,dan tutupkan doh tersebut
  • Boleh penyetkan doh siap-siap menjadi bentuk hotteok, ataupun penyetkan di dalam kuali panas yang telah diletakkan minyak . Boleh rujuk video untuk lebih jelas
  • Gorengkan selama 5-10 minit, sehingga ia masak dan garing di luar. Jangan lupa untuk terbalikkan hotteok
  • Bekukan selebih hotteok jika tak gorengkan pada hari yang sama

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights