tomyam ala thai basickeli

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai Terbaik & Kaw!

Cara buat Mama Tomyam Paling Senang

Sekian lama cuba macam-macam resepi, akhirnya terjadilah resepi tomyam pekat ala thai paling senang & paling best Ely pernah buat

Rahsia Tomyam Pekat Ala Thai!

Dari sekolah, sampai la dah menikah, salah satu benda yang Ely nak buat adalah buat resepi tomyam paling best sekali!

Dah cuba macam-macam resepi youtube, yang original thailand mari, yang Malaysia mari, yang mat saleh mari. Tapi tetap rasa macam..

‘Sesuatu yang tak cukup’

Paham tak perasan tu? Pedas macam dah ok, tapi cair. Dah pekat elok, tapi macam ada yang tak kena. Cili dah letak entah berapa banyak dah. Serai dah ketuk berbatang-batang

Yang Penting, kuah tomyam ‘base’ tu kena kaw dulu

Akhirnya lepas dah test macam-macam cara, ini lah dia resepi tomyam thai yang paling Ely puas hati. Yang penting dalam pembuatan tomyam adalah dia punya ‘base soup’, tomyam paste dan juga isi-isi di dalamnya

Ely dah cuba buat sendiri tomyam paste, tapi rasa dia tak boleh lawan dengan yang dah ready made. Tengok kedai thai pun banyak guna yang ready made, jadi Ely pun cuba ‘alter’ base dan juga isi tomyam

Sesedap rupa tomyam ini, pekat, pedas dan sedap 🙂

Rahsia untuk buat tomyam best ini adalah tomyam paste yang banyak, dan asingkan telur putih dan kuning. Ya, semudah itu sahaja

Tak percaya kena cuba. Memang lain rasa dan juga kepekatan dia

Dan untuk resepi ini Ely letakkan mee instant di dalam itu, sebab kebetulan waktu tu memang tengah trending mee tomyam, jadi Ely pun buat lah mee tomyam mama menggunakan resepi tomyam ini

Tapi kalau nak buat tomyam tanpa mee tersebut, nak buat resepi kuah untuk ratah dengan nasi, pun boleh sangat

Tak kan tak nak cuba kan? Kalau la korang boleh ambil bau dari gambar ini

Korang pula cuba, dan share pendapat korang sama ada cukup ‘kaw’ tau untuk korang? Boleh kongsi di ruang Facebook Basickeli di sini, ataupun di ruang komen di bawah

tomyam ala thai basickeli

Resepi Tomyam Pekat ala Thai Paling ‘Kaw’

Cara buat Mee Tomyam Mama yang simple, tapi padu
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes
Servings 1 orang

Ingredients
  

  • 2 cawan air (boleh guna air rebusan ayam/udang tanpa pati ayam)
  • 1 kuib pati ayam (optional)
  • 1 batang serai (ditumbuk)
  • 3-4 biji cili api (dibelah
  • 3 helai daun purut (diracik)
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1/8 cawan susu cair (optional)
  • 1 biji telur (diasing putih dan kuning)
  • 1 paket mee kering
  • 1-2 biji tomato (dipotong)
  • Sebarang protein penambahan (Ely letakkan udang yang direbus)
  • Sebarang sayurang penambahan (Ely letakkan daun bawang)
  • 1/2 sudu kecil garam

Instructions
 

  • Rebuskan air bersama pati ayam (atau rebuskan air rebusan ayam/udang)
  • Apabila air sudah merenih, masukkan serai, daun limau purut dan cili api. Biar ia masak sebentar. Kemudian masukkan tomato supaya ia tak mudah lembik
  • Masukkan pes tomyam di dalam air rebusan, dan kacau hingga ia larut. Masukkan juga garam/gula dan rasa untuk pastikan semua rasa cukup
  • Apabila rasa ok, tuangkan susu cair di dalam tomyam, gaul hingga ia larut
  • Masukkan mee kering/instant. Kuatkan api dan biar ie mendidih kuat supaya mee cepat lembut
  • Sementara itu, asingkan antara putih dan kuning telur
  • Kecilkan api, dan tuangkan putih telur ke dalam tomyam dan kacau hingga tomyam separa pekat
  • Akhir sekali, letakkan protein, sayur dan juga kuning telur di atas tomyam, dan biar ia masak sebentar sehaja
  • Terus hidang sewaktu ia panas

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights