bebola keledek basickeli

Resepi Bebola Ubi Keledek Cameron Highland (sweet potato ball)

Cara buat Sweet Potato Ball yang kembang cantik

Gunakan tiga bahan mudah untuk buat sweet potato ball di rumah 😉

sweet potato ball basickeli

Bebola Keledek Basickeli

Prep Time 15 minutes
Cook Time 40 minutes

Ingredients
  

  • 130 gram ubi kentang (2-3 biji)
  • 60 gram gula (4 sudu besar)
  • 120 gram tepung ubi keledek
  • 2-4 sudu besar tepung ubi keledek (optional)

Instructions
 

  • Rebuskan ubi keledek yang telah dibuang kulitnya dan dipotong sehingga empuk
  • Apabila sudah empuk, keluarkan daripada air, dan biar ia sejuk sebentar. Jangan gunakan ia ketika ia masih panas
  • Lenyetkan ubi keledek hingga halus, dan masukkan gula dan juga separuh dari tepung
  • Campurkan, dan kemudian uli sehingga ia mula menjadi satu adunan. Campurkan separuh lagi tepung tersebut dan ulikan sehingga ia menjadi satu doh
  • Jika ia masih basah, dan tidak membentuk menjadi doh, tambahkan 2-3 sudu besar tepung dan ulikan lagi
  • Apabila ia menjadi doh, anda boleh pilih untuk bulatkan secara individu, ataupun ulikan menjadi bentuk panjang dan potongkan satu per satu. Rujuk video untuk lebih lanjut
  • Panaskan minyak, dan mula gorengkan beberapa biji bebola keledek tersebut
  • Selepas ia mula garing, tekankan menggunakan sudip/pengetos supaya udara dapat memasuki bebola keledek tersebut dan kembang dengan besar
  • Apabila bebola sudah kembang, dan timbul, boleh diangkat dari minyak
  • Perlu hidang secepat mungkin, apabila ia mula sejuk, ia akan mula kempis sedikit. Tetapi dari segi tekstur, tiada perubahan jika bebola keledek telah sejuk

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights