resepi kek marble jelita viral

Resepi Kek Marble Jelita Viral! Lebih 408K View, 12.1K reshare!

KEK MARBLE JELITA VIRAL ANTI GAGAL: Cara lukis corak kek marble jelita cara Basickeli

Untuk buat resepi kek marble jelita viral sangat mudah. Tekturnya yang lembut. Rasa yang manis berkrim. Coraknya juga yang menarik perhatian, sampai rasa sayang nak makan.

TAPI untuk buat kek marble jelita, ada pantang larangnya untuk kekalkan KEJELITAANNYA. Amaran awal ya, kek ini sangat la manja.

resepi kek marble jelita viral

Selain dari korang kena memastikan ikut cara yang Ely ajarkan, korang juga kena pastikan tekstur kek tidak terlalu cair.

Oven juga berbeza. Walaupun kita set pembakaran pada suhu yang sama, kemungkinan suhu sebenar oven adalah berbeza disebabkan ‘heat distribution’ yang berbeza.

Contohnya, oven kecil heat distribution-nya adalah mungkin lebih panas jika dibandingkan oven yang besar

Jadi, korang kena perhatikan kek ini, dan bertindak mengubah suhu, posisi kek dan masa pembakaran kek berdasarkan keadaan kek. Ely sarankan untuk periksa kek korang setiap 15 minit.

Jangan dibiarkan kek marble jelita ini begitu sahaja, merajuk kang dia nanti, nama pun kek manja kan?

cara lukis corak kek marble
cara lorek corak kek marble jelita viral

Bukan setakat cara mengadun kek, Ely akan tunjukkan cara nak dapat corak kek marble jelita ni. Dan tidak kurang juga cara dapatkan ‘quilt’ pelamin di atas itu

Resepi kek marble butter jelita dalam sukatan cawan. Untuk kek marble jelita viral sukatan gram, anda boleh rujuk kepada post di sini atau di facebook post ini

P/S: Nak cuba resepi kek marble jelita versi diet tak? Kek ini rendah karbo dan gluten free! Sesuai yang mencari resepi kek gluten free, atau mengamalkan diet rendah karbo seperti keto, atkins dan rendah karbo. Klik di sini untuk belajar cara buat keto kek butter marble jelita versi diet 🙂

cara lukis corak kek marble

KEK MARBLE JELITA VIRAL ANTI GAGAL

Resepi kek marble jelita pelangi confirm jadi dan cara melukis corak marble pucci
Prep Time 25 minutes
Cook Time 1 hour
Course Dessert, kek, kuih muih, resepi viral
Cuisine Asian

Ingredients
  

  • 2/3 cawan mentega (dilembutkan di suhu bilik)
  • 2/3 cawan gula kaster
  • 5 biji telur
  • 1.5 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh pewarna makanan (pilih 3-4 warna untuk visual cantik)

Instructions
 

  • Panaskan oven pada suhu 280F (138F). Lapikkan bekas kek dengan baking sheet/kertas minyak. Ely gunakan bekas kek empat segi berukuran 6 inci. Melapik kek dengan kertas tersebut akan memudahkan proses pengeluaran kek dari bekas
  • Campurkan bahan kering seperti tepung gandum, baking powder dan baking soda. Jangan lupa untuk ayakkan supaya tepung tidak berketul. Bahagi kepada 2-3 bahagian
  • Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang. Apabila sudah kembang, masukkan susu pekat dan esen vanila
  • Apabila adunan kek sudah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan ovalette ke dalam adunan kek. Ini adalah untuk melembutkan kek marble kita
  • Selepas adunan basah sudah sebati, masukkan sebahagian bahan kering (adunan tepung) kita sebentar tadi. Kemudian masukkan sedikit susu, dan masukkan selang seli sehingga kedua-dua adunan tepung dan susu habis dimasukkan.
  • Setelah adunan kek siap, asingkan 3/4 adunan kek sebagai bahagian utama kek butter marble kita. Tuangkan ke dalam bekas kek yang telah dilapik. Jangan lupa untuk ketukkan perlahan-lahan untuk keluarkan udara yang terperangkap di dalam kek
  • Selebih 1/4 adunan kek boleh dibedakkan kepada beberapa bahagian lain, bergantung kepada bilangan warna yang anda mahu. Untuk resepi ini, Ely menggunakan empat (4) warna iaitu; merah, kuning, hijau epal dan coklat (coklat emalco). Campurkan pewarna ke dalam bekas-bekas individu
  • Sudukan setiap adunan berwarna secara rawak, supaya warna yang sama tidak berdekatan. Ini yang akan membuatkan corak marble pelangi sebentar nanti
  • Selepas seluruh permukaan kek telah diwarnakan, gunakan pencucuk untuk melukis corak pelangi pucci itu. Tonton video untuk lebih jelas
  • Bakar kek pada suhu 280F selama 40 minit sehingga 1 jam. Pusingkan kek tersebut setiap 15 minit untuk memastikan ianya masak sekata dan tidak merekah. Cucukkan kek dengan pencucuk untuk memastikan kek masak elok
  • Untuk buat 'quilt pelamin' terbalikkan kek selepas selesai bakar di atas para atau cooling rack. Terbalikkan dengan perlahan dan biarkan kek berehat sekurang-kurangnya 30 minit – 1 jam

Notes

  1. Ely menggunakan oven yang apinya di atas dan di bawah. Selepas 30 minit, Ely menutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk memastikan permukaan kek tidak terbakar. Jika anda menggunakan oven yang boleh ubah setting apinya, anda boleh juga hanya membakar kek dengan menggunakan api bawah SELEPAS 30 minit. Sebelum itu, bakar menggunakan api atas dan bawah
  2. Untuk lebihan adunan berwarna, anda boleh juga buat mini kek/cupcake/kek kecil. Masukkan ke dalam bekas muffin, dan bakar pada 280F selama 10 minit (tidak perlu tutup permukaan)
  3. Untuk mendapatkan ‘quilt pelamin’ yang terang dan tidak merekah, kek perlu diterbalikkan di atas cooling rack atau para selepas ia selesai dibakar. Menebalikkan kek marble selepas ia telah sejuk boleh menyebabkan ‘quilt pelamin tidak terang. Atau menyebabkan kek mudah merekah
Keyword cara lukis corak kek marble, kek marble, resepi kek marble jelita viral, resepi kek marble viral

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights