Hanya 28 sen setiap satu, jimat dan menyihatkan!
Buat sendiri nugget ayam di rumah, hanya 5 Bahan Mudah Sahaja, tanpa sebarang pengawet atau pewarna. Bahagian ayam pun boleh pilih untuk lebih menyihatkan
Nugget Ayam Jimat Homemade
Resepi nugget ayam kentang tanpa telur dan gluten free
Ingredients
- 400 gram ayam cincang
- 300 gram ubi kentang
- 1 sudu teh onion powder
- 1 sudu teh lada hitam
- 3/4 sudu teh garam
- 3 sudu besar tepung jagung (tambah jika perlu)
Instructions
- Kupas, potong dan rebus ubi kentang di dalam air panas bersama sedikit garam
- Toskan ubi kentang dan biar ia sejuk sebentar
- Lenyetkan kentang sehingga lumat, dan campurkan daging ayam cincang. Campurkan sehingga ia sebati
- Masukkan serbuk onion power, lada hitam, garam dan juga tepung jagung. Campurkan sehingga tiada sebarang tepung kelihatan
- Bentukkan adunan ayam kepada bentuk nugget. Anggaran dalam 35-38 biji nugget ayam daripada resepi ini
- Boleh pilih untuk masakkan di dalam minyak, atau air fryer. Sila rujuk video untuk lihat perbezaan antara tekstur nugget ayam antara dua cara ini
- Gorengkan selama 7-9 minit ataupun sehingga garing & warna keemasan
- Jika tidak mahu goreng pada hari yang sama, boleh susunkan di atas permukaan bersih, dan bekukan di dalam freezer peti ais