Masakkan air panas bersama mentega. Apabila telah cair, larutkan garam dan juga gula (dan esen vanila jika mahu) di dalam air tersebut
Kemudiankan kecilkan api/tutup api, dan masukkan tepung ke dalam campuran air dan mentega tadi. Gunakan sudip kayu untuk mudah campur dan tidak melekat
Masakkan hingga ia tidak melekat dan agak berminyak sedikit. Jika masih melekit, boleh kuatkan api sedikit.
Kemudian, masukkan ke dalam bekas lain, dan biar ia sejuk sebentar sehingga ia suam suam kuku
Mula panaskan oven pada suhu 180C
Masukkan telur satu per satu, dan gunakan hand mixer. Apabila telur telah bergabung dengan choux dengan elok, masukkan telur seterusnya
Konsistensi choux semakin lama semakin menyaluti hand whisk. Ia separa likat tetap masih rasa melekat apabila disentuh. Boleh rujuk di dalam video untuk lebih jelas rupa choux yang dihendaki
Pindahkan ke dalam piping beg, Ely gunakan piping tip 1cm
Paipkan ke atas baking pan yang telah dilapiskan dengan baking paper atau baking mat yang bersesuaian. Paipkan hanya dengan cara menekankan piping bag dan membiarkan choux membulat kepada saiz yang kita mahu. Rujuk kepada video untuk lebih jelas. Jarakkan juga antara setiap choux supaya ia tidak berlanggaran antara satu sama lain apabila dibakar
Apabila sudah dipaipkan, semburkan sedikit air ke atas setiap choux, sebelum meletakkan cookies di atas setiap satu choux
Bakarkan di dalam oven pada suhu 175C selama 40-55 minit bergantung kepada oven anda. Boleh keluarkan apabila cookies sudah melitupi choux dan choux keras dengan elok dan tidak basah
Apabila telah masak, biarkan choux sejuk di suhu bilik sebelum paipkan inti di dalam choux. Choux yang telah dimasak juga boleh disimpan di dalam bekas bersih di tempat yang kering. Untuk choux yang masih basah dan tidak dipaip, boleh disimpankan di dalam semi-sphere silicon dan dibekukan untuk kegunaan masa akan datang
Sebelum digunakan, disarankan buatkan bukaan yang kecil dibawah untuk memudahkan pemaipan inti krim