Lagi sedap dari enoki goreng tepung, confirm ketagih
Guna 5 bahan mudah untuk buat snek paling senang, rangup dan sedap untuk seisi keluarga
Crabstick enoki crispy
Snek ala enoki tapi lagi sedap
Ingredients
- 10 keping Crabstick
- 1-2 keping seaweed sheet (nori)
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1/4 sudu teh kunyit
- secubit garam
- 1/4 cawan air (masukkan sedikit demi sedikit, tambah jika perlu)
Instructions
- Potong crabstick seperti bentuk enoki. Potong jangan sehingga hujung kerana kita akan menggunakan nori untuk membalut hujung crabstick. Boleh rujuk video untuk lebih jelas
- Potongkan nori kepada beberapa keping, dengan kelebaran 0.7-1 inci setiap satu
- Gulungkan nori di hujung crabstick di bahagian yang tidak dipotong
- Panaskan minyak di atas dapur
- Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan kunyit. Bancuhkan dengan sedikit demi sedikit air hingga mendapat konsistensi yang sesuai. Tak terlalu cair atau pekat
- Celupkan crabstick, dan goreng di dalam minyak selama 2-3 minit atau apabila sudah timbul dan rangup di luar
- Hidang panas-panas dan selamat mencuba!