crab stick enoki

Crabstick enoki goreng tepung rangup ala korea

Lagi sedap dari enoki goreng tepung, confirm ketagih

Guna 5 bahan mudah untuk buat snek paling senang, rangup dan sedap untuk seisi keluarga

crab stick enoki

Crabstick enoki crispy

Snek ala enoki tapi lagi sedap
Prep Time 13 minutes
Cook Time 8 minutes
Servings 10 ketul

Ingredients
  

  • 10 keping Crabstick
  • 1-2 keping seaweed sheet (nori)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu teh kunyit
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air (masukkan sedikit demi sedikit, tambah jika perlu)

Instructions
 

  • Potong crabstick seperti bentuk enoki. Potong jangan sehingga hujung kerana kita akan menggunakan nori untuk membalut hujung crabstick. Boleh rujuk video untuk lebih jelas
  • Potongkan nori kepada beberapa keping, dengan kelebaran 0.7-1 inci setiap satu
  • Gulungkan nori di hujung crabstick di bahagian yang tidak dipotong
  • Panaskan minyak di atas dapur
  • Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan kunyit. Bancuhkan dengan sedikit demi sedikit air hingga mendapat konsistensi yang sesuai. Tak terlalu cair atau pekat
  • Celupkan crabstick, dan goreng di dalam minyak selama 2-3 minit atau apabila sudah timbul dan rangup di luar
  • Hidang panas-panas dan selamat mencuba!

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights