kek coklat moist basickeli

Kek Coklat Moist Viral tanpa Gelatin Sukatan Cawan & Gram

Resepi Kek Coklat Moist Ketagih Berkilat Macam Cermin, dan lembap gebu di dalam

Ikut sahaja tips dan resepi Ely kongsi untuk resepi kek coklat moist paling sedap korang pernah buat

kek coklat moist

Kek Coklat Moist Viral Tanpa Gelatin

Prep Time 25 minutes
Cook Time 1 hour 20 minutes

Ingredients
  

  • 1 + 1/3 cawan tepung gandum (175-182g)
  • 1/2 cawan serbuk koko (45-50g)
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kopi (optional)
  • 1 cawan mentega suhu bilik (220g)
  • 1 + 2/3 cawan gula kastor (345g)
  • 4 biji telur ayam
  • 2/3 cawan air

Untuk coklat ganache

  • 1 cawan semi sweet chocolate (138g)
  • 2/3 cawan krim masakan (boleh tukar whipping cream)
  • 2 sudu besar mentega (optional) (boleh tukar dengan marjerin)

Instructions
 

  • Preheat oven pada suhu 170C
  • Tapiskan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. Campurkan serbuk kopi (jika mahu), dan adunkan semua bahan kering
  • Pukulkan mentega dan gula kastor hingga kembang sedikit
  • Masukkan telur satu per satu hingga teradun sebati
  • Selang masuk air dan bahan kering (campuran tepung) ke dalam mentega dan gula. Untuk lebih jelas, rujuk video
  • Masukkan ke dalam bekas loyang 7 inci, dan bakar dalam oven selama 60-80 minit pada suhu 175C
  • Apabila telah masak, biar kek sejuk sepenuhnya sebelum dihiasi
  • Panaskan sedikit krim masakan, dan tutup api apabila krim sudah suam sedikit. Masukkan semi sweet chocolate ke dalam krim masakan suam. Kacau hingga larut
  • Masukkan mentega ke dalam coklat ganache, dah campur hingga sebati
  • Apabila coklat ganache siap, sejukkan sebentar selama 10-15 minit
  • Tuangkan coklat ganache di atas kek coklat yang telah disejukkan
  • Masukkan kek ke dalam chiller peti ais, sekurang-kurangnya 5 jam
  • Apabila coklat sudah set (tidak lagi. meleleh), sedia untuk dipotong

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights