roti tanpa uli basickeli

Resepi Roti Tanpa Uli Paling Mudah Sekali! Hanya 3 Bahan Sahaja

Resepi ‘No Knead Bread’ ala ala Roti Sourdough Homemade

Dengan 3 bahan mudah sahaja, korang boleh buat roti ala-ala sourdough bread di rumah, tanpa perlu uli atau pun breadmaker

Roti tanpa uli (no knead bread)

Benda paling malas bila buat roti ni bagi Ely adalah bahagian nak mengulinya. Dengan nak dapatkan tekstur doh yang cantik, nak bagi kurang melekit, nak ada ‘windowpane’ baru lah gluten development itu menjadi dengan elok

Bila Ely buat resepi ini, O.M.G

Rupa di dalam roti tanpa uli selepas potong. Legit kan?

Tak perlu uli, tak perlu nak test windowpane bagai

Tapi roti tersebut elok kejadiannya. Dalam dia kenyal, tak rasa ‘masam’ sebab overproofing, dan rangup di luar.

Sebijik macam roti sourdough yang kita makan di cafe. Dan yang ini kita buat di rumah sahaja, tanpa sebarang breadmaker, atau perlu menguli

Yang penting adalah lepas bancuhkan adunan roti tersebut;

Pastikan biarkan roti rehat dengan cukup, sekurang-kurangnya 12 jam

Kalau tidak, roti korang tetap jadi. Tapi, dia lebih padat & kurang ‘pori-pori’ di dalam roti, menandakan fermentasi roti tak mencukupi, seperti di bawah:

Rupa roti tanpa uli apabila dibiarkan selama 3 jam sahaja

Tak susah pun kan? Bancuhkan adunan tersebut semalaman, dan biarkan sehingga esok hari. Tapi pastikan tak lebih dari 24 jam, nanti kalau lebih ia akan terlebih fermentasi (overproofing) dan menyebabkan roti menjadi masam, dan bantat

Doh yang dah siap dan siap untuk dibakar

Sedap makan roti ini begitu sahaja, ataupun sapu mentega pun sedap

Tapi nak lagi sedap? Boleh cuba makan dengan resepi garlic bread gunakan roti tanpa uli ini. Confirm terangkat lah!

garlic bread basickeli
Garlic bread menggunakan roti tanpa uli

Dan bukan satu sahaja cara nak buat tau, Ely kasi dua terus Resepi Garlic Bread Mudah ini. Ely akan postkan 20 Julai 2022 (Rabu) nanti k?

Buat masa ini, belajar buat roti ini dulu, dan biasakan dengan cara pembuatannya. Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag DM sahaja kami 🙂

roti tanpa uli

Resepi Roti Tanpa Uli Paling Mudah dan Sedap

Cara buat 'No Knead Bread' hanya gunakan 3 bahan utama sahaja
Prep Time 18 hours
Cook Time 45 minutes

Ingredients
  

  • 1 cawan tepung gandum / tepung roti
  • 1 + 1/2 cawan air
  • 3/4 sudu kecil instant yis
  • 1 sudu kecil garam (optional untuk rasa)

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan di dalam satu bekas, dan gaul hingga ia teradun. Tutupkan dengan plastik / cling wrap untuk elakkan adunan kering. Simpankan di tempat gelap, suam dan tidak kering
  • Selepas 12-16 jam, periksa adunan. Pastikan adunan naik 2 kali ganda. Sediakan lebihan tepung untuk mudahkan uli
  • Taburkan tepung di atas permukaan meja, dan tuangkan adunan doh ke atas meja, uli hingga ia kurang melekit. Taburkan tepung sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak nanti roti keras
  • Selepas doh agak mudah untuk dipegang, pindahkan ke atas talam bakar yang telah dilapik baking paper. Taburkan tepung di atas baking paper sebelum letakkan doh (optional)
  • Tutupkan doh dengan kain lembap, dan proofkan selama 1-2 jam
  • 15 minit sebelum bakar, panaskan oven pada suhu 230-240C. Letakkan bekas besi di talam bawah sekali untuk tuangkan air panas (untuk stimkan roti)
  • Rebuskan sedikit air panas (untuk dituangkan ke dalam bekas besi dalam oven)
  • Periksa roti, dan apabila ia sudah naik 1/4-1/2 ganda, roti sedia untuk dibakar
  • Jika hendak buat 'score' atau potongan di atas roti, boleh juga dibuat sebelum bakar (optional)
  • Tuangkan air panas ke dalam bekas besi, dan tutup pintu oven secepat mungkin untuk kepung stim
  • Masukkan roti ke dalam oven, dan masakkan selama 35-40 minit pada suhu 230-240C
  • Apabila sudah masak, pastikan roti disejukkan sebentar selama 1-2jam, kerana roti ini agak panas untuk dipotong awal
  • Siap!

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights