rice cake homemade

1 BAHAN! Cara buat Rice Cake TTeokbokki Homemade

Buat Korea Rice Cake (Garaeddeok) guna Tepung Beras sahaja

Dengan menggunakan hanya tepung beras, buat sendiri rice cake tteokbokki korea di rumah. Tak perlu nak beli dah lepas ini 🙂

Korea Rice Cake Tteokbokki yang selalu nampak dalam cerita korea

Rice cake yang selalu kita nampak dalam cerita korea asalnya dibuat dari nasi (yang selalu digunakan dalam pembuatan sushi). Ia diketuk hingga ia menghasilkan rice cake yang tekstur kenyal dan berkanji

Tapi untuk lebih mudah, Ely gunakan tepung beras. Tekstur ia hampir sama dengan rice cake yang Ely beli ready made. Kalau nak gambarkan tekstur dia, ia tak sekenyal mochi, tapi lebih kenyal dari nasi impit. Gituuu hehehe

Mudah sahaja nak buat rice cake homemade

Rice cake adalah makanan popular di korea, dan pelbagai menu korea yang boleh dibuat menggunakan rice cake. Yang paling popular adalah tteokbokki!

Jika nak cuba buat tteokbokki mudah, boleh cuba resepi tteokbokki mudah di sini. Ely suka buat tteokbokki bila tak tahu nak makan apa, dan nak masak cepat. Sangat mudah dan sedap

tteokbokki!

Sudah tentu, jika hendak buat resepi korea, wajiib ada dua bahan ini, iaitu gochugaru (serbuk cili korea), dan juga gochujang (pes cili korea). Boleh lihat di sini untuk lihat di mana untuk beli bahan ini

Jika nak tahu apa beza antara gochagaru dan gochujang, boleh tengok post dan video pendek yang ely buat di sini

Selain resepi rice cake ini, boleh juga cuba resepi rice cake ini pula. Untuk resepi ini, kita akan gunakan rice paper ;). cuba dua-dua, dan komen yang mana satu resepi rice cake yang korang suka

rice cake homemade

Korea Rice Cake Homemade 1 Bahan

Cara buat rice cake tteokbokki dengan tepung beras

Ingredients
  

  • 1.5 cawan tepung beras
  • 1 cawan air (tambah 1/4 – 1/2 cawan air jika perlu)

Instructions
 

  • Campurkan tepung beras dan air, stimkan hingga ia lembut
  • Apabila ia suam, letakkan di atas permukaan bersih dan ketukkan hingga ia kenyal. Tambah air atau minyak jika ia masih melekit. boleh rujuk video untuk cara ketuk campuran tepung beras
  • Apabila sudah kenyal dan tidak melekit, bentukkan kepada beberapa rice cake yang panjang. Potong kepada kepanjangan yang sesuai, samada ikut bekas untuk disimpan, atau siap dipotong kepada rice paper tteokbokki (2.5-3 inci)
  • Boleh digunakan terus, ataupun dibekukan untuk digunakan lain hari

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights