tteokbokki homemade mudah

15 Minit Cheese TTeokbokki Korea paling mudah

Resepi tteokbokki ala cerita korea di rumah

Tak payah pergi korea atau myeongdong, buat sendiri je resepi cheese tteokbokki korea ini. 15 minit siap!

Cheese tteokbokki yang senang sangat nak buat

Tteokbokki ni, tak payah nak cerita dah tau la makanan kegemaran orang korea. Ia adalah makanan jalanan (street food) popular di korea, sebab ia sedap, dan senang untuk di makan

Bahan utama untuk buat tteokbokki, adalah rice cake , dan juga kuahnya. Jika korang tidak mempunyai rice cake untuk dibeli, boleh buat sendiri tau.

Ely buat guna dua cara, iaitu guna tepung beras, dan rice paper Boleh lihat resepi rice cake guna tepung beras di sini dan rice cake guna rice paper di sini

rice cake homemade
rice cake homemade

Selain itu, jika hendak buat resepi korea, wajiib ada dua bahan ini, iaitu gochugaru (serbuk cili korea), dan juga gochujang (pes cili korea). Boleh lihat di sini untuk lihat di mana untuk beli bahan ini

Jika nak tahu apa beza antara gochagaru dan gochujang, boleh tengok post dan video pendek yang ely buat di sini

tteokbokki homemade mudah

Resepi Cheese Tteokbokki Homemade Mudah

15 minit sahaja tteokbokki korea
Prep Time 3 minutes
Cook Time 1 hour 12 minutes

Ingredients
  

  • 1.5 sudu besar gochujang
  • 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3.5 cawan air
  • 1 sudu besar gochugaru
  • 1 sudu besar gula / pemanis
  • 1/4 sudu teh garam
  • 22-25 ketul rice cake
  • 1-2 batang sosej (optional, boleh tukar protein lain)
  • 1 hiris keju
  • 1/4 cawan daun bawang (optional)

Instructions
 

  • Tumiskan bawang putih dan gochujang, dan tuangkan air
  • Apabila mendidih, masukkan kering lain dan biar ia teradun dengan elok
  • Masukkan rice cake dan sosej. Biar ia masak hingga lembut
  • Apabila kuah semakin pekat, dan rice cake lembut, masukkan sekeping keju
  • Sebelum hidang, taburkan daun bawang sebagai hiasan dan penyedap
  • Hidang panas-panas, enjoy!

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights