french toast xxl basickeli

FRENCH TOAST XXL! Roti Telur Tebal ala Cafe

Resepi Roti Telur Bakar Tebal Homemade

Jom fefeeling Homecafe dengan buat french toast tebal ini

Resepi French Toast XXL ala Cafe

Tak perlu sebarang roti tebal, hanya perlukan roti putih biasa yang kita ada di rumah

Cara untuk tebalkan roti tersebut, senang sahaja

Kita gunakan…

4 keping roti!

Dengan empat keping roti yang disusun dan dimasak bersama, ia akan menghasilkan french toast yang besar seperti ini!

Makan pula dengan maple syrup dan juga mentega waktu panas-panas fuhhh

Tapi bukan lah letak macam itu sahaja, kita perlu letakkan sedikit ‘gam’ di tengah roti tersebut untuk memastikan ia tidak lekang dan tercabut

Ely gunakan susu pekat untuk memastikan it tercantum dengan elok

Kemudian dicelup dengan adunan telur sebelum di masak di atas kuali

Tips untuk memastikan roti tidak hancur ketika dimasak

  1. Gunakan dua spatula untuk mudahkan pergerakkan roti
  2. Jangan ‘flip’ dari atas bawah, tetapi pusingkan dari satu sudut ke satu lagi sudut
  3. Jangan penyetkan roti, nanti roti akan menjadi lebih nipis
  4. Jangan rendamkan roti terlalu lama di dalam adunan roti, ia akan menjadi terlalu lembut dan hancur
french toast xxl
Buatkan pada api sendang, perlahan-lahan mula-mula tu

Adunan ini boleh menghasilkan 3 french toast tebal, jadi jika tak tahu nak buat apa dengan roti lebihan, boleh la gunakan resepi ini untuk hasilkan roti bakar ala homecafe tu

Selamat mencuba!

Lepas buat, jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

french toast xxl basickeli

French Toast XXL Basickeli

Cara buat Roti Telur Bakar Tebal ala Cafe
Prep Time 5 minutes
Cook Time 15 minutes
Servings 3 hidangan

Ingredients
  

  • 12 keping roti putih
  • 1-2 sudu teh susu pekat
  • 2 biji telur
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu besar gula kastor
  • secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1-2 sudu teh mentega (untuk diletakkan di atas pan panas)
  • 1/2-1 sudu teh mentega (untuk diletakkan di atas roti)
  • sedikit maple syrup (optional)

Instructions
 

  • Potongkan 'curst roti' di keempat-empat penjuru untuk menghasilkan bentuk roti yang cantik. Potongkan empat roti sekali gus untuk mendapatkan sisi yang lebih selari
  • Bancuhkan susu, telur, garam, gula dan juga esen vanila
  • Panaskan pan, dan letakkan sedikit mentega untuk memastikan roti tidak lekat
  • Sapukan susu pekat di antara roti, dan celupkan ke dalam bancuhan susu dan telur tadi
  • Terus gorengkan di atas kuali yang separa panas, dan masakan di setiap penjuru selama 1-2 minit setiap sudut. Rujuk video untuk lebih terang cara untuk menggerakkan roti semasa masak
  • Jika roti seolah-olah hampir lekang, sapukan sedikit dengan susu pekat di tempat yang lekat tersebut
  • Hidangkan panas-panas, bersama mentega dan juga sedikit maple syrup (optional)

SUBSCRIBE & TERIMA DISKAUN 10% KUPON

Sertai NEWSLETTER kami untuk resepi & perkembangan baru Basickeli & JIMAT 10% pembelian pertama anda 🙂

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights