mac & cheese basickeli

Tak perlu TEPUNG! Resepi Mac & Cheese Paling Mudah dan Tak Muak Makan

Cara buat Makaroni Keju Dengan Kuali dan Tanpa Tepung

Jom cuba buat resepi mac & cheese yang confirm bukan anak-anak je suka, tapi mak bapaknya sekali 🙂

Resepi Makaroni & Cheese Paling Mudah & Sedap

Selalunya kalau kita dengar Mac & Cheese ni, mesti rasa, ehh macam renyah je kan nak buatnya?

Lepas tu pelbagai jenis cheese pula kena pakai.

Sebenarnya nak buatnya senang je. Cara Ely buat ni, tak perlu buat roux (masakkan tepung dan mentega pun). Kita masak je terus atas kuali, dan pekatkan dengan cara lain

Dengan resepi ini, korang boleh masak Mac & Cheese tanpa oven pun untuk bakar. Masak pakai kuali sahaja pun dah mencukupi

Cuma..

Kalau nak ‘legit’ dan lagi lengkap, membakar makaroni cheese tersebut akan buat dia lebih ‘set’ dan menyeluruh. Tapi tak ada oven, tak perlu pun. Jadi je mac & cheese korang tu ; )

mac & cheese
Mac & cheese yang dimasak di atas kuali

Untuk pasta, semestinya gunakan pasta makaroni. Ely ambil sais sederhana; tak terlalu kecil, atau besar.

Sebab bila kita rebus nanti, ia akan kembang sekurang-kurangnya 50% dari sais asalnya

Dari segi cheese (keju)nya pula, Ely hanya menggunakan keju Cheddar Sahaja (keju keping untuk lebih mudah dan senang didapati)

Tetapi, kalau korang suka rasa keju yang kuat, dan ‘sharp’ (tajam); boleh cuba gunakan keju Gruyer, ataupun Monteray Jack

Hirisan keju cheddar yang Ely gunakan

Satu lagi tips untuk dapatkan Makaroni & Cheese yang lebih sedap bukan sekadar cheese dan Makaroninya, tetapi Breadcrumbs (Serbuk Roti)

Kalau tak nak letak, ok je

Tapi!

Ha, tapi kalau letak kan, Mac & Cheese korang

Akan. Jadi. Lebih. SEDAP!

Serbuk Roti tersebut akan membuatkan ada tekstur ‘ranggup’ yang membuatkan ia lebih sedap di makan, & tak cepat rasa muak

Nak lagi best? Sangrai atau bakarkan dahulu serbuk roti tersebut untuk jadikan ia lebih garing, dan warna lebih menarik (golden brown gitu). Tak lama pun, dalam 4-7 minit sahaja. Jangan hangitkan k!

Lepas buat, jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

mac & cheese basickeli

Resepi Makaroni & Cheese Paling Mudah!

Cara Mac & Cheese Tanpa Tepung dan Cepat
Prep Time 5 minutes
Cook Time 35 minutes
Servings 2 orang

Ingredients
  

  • 2 cawan makaroni (200g)
  • 1.5 cawan keju cheddar (dalam 10 keping)
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 + 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh paprika (optional)

Instructions
 

  • Panaskan oven (jika gunakan) pada suhu 175C
  • Didihkan air, dan masukkan makaroni di dalam air mendidih
  • Sangraikan serbuk roti di atas kuali, ataupun bakarkan sebentar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 5-7 minit
  • Tuangkan susu segar, dan cairkan mentega
  • Apabila mentega sudah cair, masukkan keju separuh, dan campurkan hingga ia sebati
  • Masukkan separuh lagi keju, dan adunkan sekali lagi
  • Perasakan dengan garam, lada hitam dan juga paprika. Masakkan sebentar hingga ia pekat sedikit. Boleh rujuk video untuk lihat tekstur sos keju yang Ely buat
  • Keluarkan makaroni dari air mendidih, dan lalukan di bawah air sejuk (optional), dan masukkan ke dalam kuah keju yang telah pun dipekatkan sedikit
  • Gaulkan makaroni dan juga sos keju hingga sebati, dan tuangkan ke dalam bekas
  • Jika hendak bakar, pastikan bekas tersebut boleh dimasukkan di dalam oven. Boleh juga terus dihidangkan jika tak nak bakar
  • Tuangkan serbuk roti ke atas makaroni keju , bakar (atau hidangkan terus)
  • Bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit
  • Pastikan tunggu sebentar sebelum makan jika baru dikeluarkan dari oven, dan selamat mencuba!

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights