Rahsia buat hashbrown crispy dengan mudah dengan dua bahan sahaja
Hashbrown yang rangup, dan boleh dibekukan untuk masak kemudian hari. 28 sen sahaja untuk setiap hashbrown!
Hanya dengan menggunakan 2 bahan, dah boleh buat hashbrown di rumah. & yang bestnya, boleh bekukan untuk goreng dikemudian hari
Sesuai untuk yang nak buat sarapan atau bekal yang cepat, sedap dan mengenyangkan
Walaupun nampak ia rangup di luar, ia sangat lembut dan empuk di dalam. Untuk dapatkan tekstur sebegini, Ely sarankan deep fry hashbrown supaya ia masak cepat dan garing. Boleh juga di-air frykan hashbrown tersebut, tetapi ia tidak segaring yang digoreng minyak
Ada dua cara untuk bentukkan hashbrown ini, samada menggunakan tangan & bentukkan secara rambang. Ataupun boleh juga gelekkan hashbrown dan potongkan setiap hashbrown dengan seragam
Untuk ketebalannya, Ely sarankan tidak lebih dari 1.8cm, kalau tebal sangat ia kurang ranggup di dalam
Jika korang suka kentang, dan nak cuba resepi kentang rangup yang lain, boleh juga rujuk resepi crispy potato pillows di sini. Ia lebih kecil dari hashbrown, dan lebih rangup kerana ia lebih kecil
Hashbrown Homemade Rangup ala McDonald
Ingredients
- 5 biji ubi kentang (658g)
- 6.5 sudu besar tepung jagung (53g)
- 10-12 sudu besar air (tambah ikut keperluan)
- 1 sudu kecil garam
Instructions
- Kupas dan potong kentang mendadu kecil, boleh rujuk video untuk lihat sais kentang dipotong
- Tumiskan ubi kentang yang dipotong hingga ia empuk dengan sedikit minyak. Letakkan sedikit garam untuk ras
- Masukkan ubi yang dimasak dalam satu bekas, dan campurkan dengan tepung jagung
- Jika ia kering, campurkan air satu sudu demi satu sudu hingga ia lembap. Boleh rujuk video untuk lebih jelas tekstur akhir kentang
- Bentukkan menggunakan tangan. Boleh pilih untuk bentukkan kecil atau besar. Boleh juga digelekkan dan potong kepada bentuk yang seragam
- Masukkan sebentar di dalam peti ais untuk 'set'kan hashbrown selama 15-30 minit
- Panaskan kuali, dan gorengkan hashbrown hingga ia garing dan masak dengan elok
- Jika nak bekukan, masukkan ke dalam freezer dan goreng selepas keluarkan dari peti ais