resepi hashbrown homemade rangup

28 SEN AJE! Hashbrown Homemade ala McDonald

Rahsia buat hashbrown crispy dengan mudah dengan dua bahan sahaja

Hashbrown yang rangup, dan boleh dibekukan untuk masak kemudian hari. 28 sen sahaja untuk setiap hashbrown!

Hashbrown rangup ala hashbrown Mcdonald

Hanya dengan menggunakan 2 bahan, dah boleh buat hashbrown di rumah. & yang bestnya, boleh bekukan untuk goreng dikemudian hari

Sesuai untuk yang nak buat sarapan atau bekal yang cepat, sedap dan mengenyangkan

Hashbrown yang digoreng selepas beku pun masih garing

Walaupun nampak ia rangup di luar, ia sangat lembut dan empuk di dalam. Untuk dapatkan tekstur sebegini, Ely sarankan deep fry hashbrown supaya ia masak cepat dan garing. Boleh juga di-air frykan hashbrown tersebut, tetapi ia tidak segaring yang digoreng minyak

Hashbrown yang garing di luar, gebu di dalam

Ada dua cara untuk bentukkan hashbrown ini, samada menggunakan tangan & bentukkan secara rambang. Ataupun boleh juga gelekkan hashbrown dan potongkan setiap hashbrown dengan seragam

Untuk ketebalannya, Ely sarankan tidak lebih dari 1.8cm, kalau tebal sangat ia kurang ranggup di dalam

Jika korang suka kentang, dan nak cuba resepi kentang rangup yang lain, boleh juga rujuk resepi crispy potato pillows di sini. Ia lebih kecil dari hashbrown, dan lebih rangup kerana ia lebih kecil

hashbrown ala mcd

Hashbrown Homemade Rangup ala McDonald

Cara buat hashbrown jimat dengan hanya 2 bahan
Prep Time 15 minutes
Cook Time 45 minutes
Servings 8 ketul

Ingredients
  

  • 5 biji ubi kentang (658g)
  • 6.5 sudu besar tepung jagung (53g)
  • 10-12 sudu besar air (tambah ikut keperluan)
  • 1 sudu kecil garam

Instructions
 

  • Kupas dan potong kentang mendadu kecil, boleh rujuk video untuk lihat sais kentang dipotong
  • Tumiskan ubi kentang yang dipotong hingga ia empuk dengan sedikit minyak. Letakkan sedikit garam untuk ras
  • Masukkan ubi yang dimasak dalam satu bekas, dan campurkan dengan tepung jagung
  • Jika ia kering, campurkan air satu sudu demi satu sudu hingga ia lembap. Boleh rujuk video untuk lebih jelas tekstur akhir kentang
  • Bentukkan menggunakan tangan. Boleh pilih untuk bentukkan kecil atau besar. Boleh juga digelekkan dan potong kepada bentuk yang seragam
  • Masukkan sebentar di dalam peti ais untuk 'set'kan hashbrown selama 15-30 minit
  • Panaskan kuali, dan gorengkan hashbrown hingga ia garing dan masak dengan elok
  • Jika nak bekukan, masukkan ke dalam freezer dan goreng selepas keluarkan dari peti ais

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights