halwa maskat

Jeli Halwa ala Turkish Delight Versi Sihat (3 Bahan)

Resepi Snek Sihat yang Gluten Free, Tanpa Pewarna, Perasa atau Pengawet

Kalau teringin snek atau pemanis mulut yang ala-ala turkish delight tapi kurang gula, gluten free dan dari bahan semulajadi, cuba la Halwa Basickeli ni 🙂

halwa maskat basickeli

Halwa Maskat Versi Sihat

Jeli ala Turkish Delight Kurang Manis & Gluten Free
Prep Time 10 minutes
Cook Time 49 minutes
Servings 16 biji

Ingredients
  

  • 170 gram Ubi Keledek
  • 90 gram tepung ubi keledek (tapioca starch)
  • 30 gram gula / pemanis alternatif
  • sedikit pistachio hancur (optional)

Instructions
 

  • Kupas, potong dan rebuskan ubi keledek hingga empuk selama 20-30 minit
  • Tunggu ubi sejuk sedikit dan lenyetkan hingga hancur
  • Campurkan dengan tepung ubi keledek, dan juga pemanis, adun hingga sebati
  • Uli dengan tangan sehingga ia membentuk menjadi satu keping doh empat segi (ukuran 4-4 inci). Jika melekat, tambahkan tepung di atas tangan dan bentukkan hingga jadi. Boleh rujuk video untuk lebih terperinchi
  • Letakkan di atas talam/pinggan kecil, dan kukuskan hingga ia menjadi warna oren keemasan
  • Keluarkan dan biar ia sejuk sedikit. Umpil tepian halwa untuk mudah keluarkan dari pinggan
  • Letakkan di atas papan potong, dan taburkan sedikit pistachio (jika mahu)
  • Potongkan kepada 4 x 4 (16 biji), dan terus hidang!

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights