Mashed Potato & Gravy Homemade Lagi Best dari KFC

Belajar buat Mash Potato & Gravy Homemade

Lepas ini dah tak layan dah kentang putar KFC 

kentang putar

Mash Potato & Gravy Homemade Mudah

Resepi Kentang Putar & Sos Gravy Kalah KFC
Prep Time 20 minutes
Cook Time 45 minutes

Ingredients
  

  • 750 gram ubi kentang (6-8 biji kentang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2/3 cawan susu segar
  • 1.5 sudu besar mentega
  • 1/5 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada hitam

Gravy Homemade

  • 1 kiub pati ayam
  • 1 + 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu teh onion powder
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam (jenis serbuk)
  • 1/8 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu teh kicap cair (tambah 1/4 sudu teh lagi jika perlu)
  • 1/2 sudu teh garam

Instructions
 

Kentang Putar

  • Kupaskan kulit ubi kentang, dan potongkan
  • Rebuskan kentang dan bawang putih dalam air panas. Masukkan sedikit garam (optional)
  • Apabila kentang telah pun empuk, toskan kentang dan bawang putih. Kemudian panaskan periuk yang sama. Masukkan kembali kentang dan bawang putih ke dalam periuk panas tersebut. Proses ini adalah untuk keluarkan lebihan kanji di dalam ubi. Kacaukan sedikit untuk mengenakan setiap bahagian kentang pada permukaan kuali
  • Kemudian, masukkan kentang dan bawang putih ke dalam bekas bersih, dan gunakan hand mixer untuk mendapatkan tekstur 'mashed' potato yang halus dan tidak berketul. Masukkan juga sedikit garam dan lada hitam
  • Apabila telah pun halus, masukkan mentega ketika kentang masih panas, dan kemudian kacau lagi sehingga ia halus dan gebu
  • Masukkan separuh daripada krim masakan , dan campurkan dengan menggunakan sudip kayu. Apabila semua krim masakan telah pun teradun dengan kentang, masukkan selebih krim masakan yang lain. Campurkan sehingga kentang putar gebu cantik
  • Sebelum hidang, rasa dahulu untuk memastikan cara kentang putar menepati cita rasa. Jika perlu, tambahkan sedikit lagi garam
  • Hidangkan dalam bekas bersih, dan tambah sedikit lagi mentega jika mahu

Sos Gravy Homemade

  • Panaskan air dan masukkan kuih pati ayam . Apabila sudah larut, tutup api
  • Di dalam satu lagi periuk yang bersih, cairkan sedikit mentega. Apabila telah cair, masukkan sedikit tepung untuk menjadikan ia sebagai roux. Pastikan api tak terlalu panas, untuk mengelakkan roux hangit
  • Apabila roux telah masak, masukkan air beserta kuih pati ayam. Campurkan sehingga sos menjadi semakin pekat dan tak berketul
  • Masukkan sedikit kicap cair, serbuk bawang (onion powder), serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan juga garam. Campurkan sehingga sebati
  • Boleh tambah sedikit air jika terlalu pekat, dan rasa dahulu sebelum hidangkan. Tambah sedikit lagi kicap cair jika perlu

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights