donut peach

Donut perisa Donut Peach Berinti Paling Gebu

Donut Peach yang paling berbaloi!

Siapa tak suka donut kan, jom cuba buat donut yang rupa donut peach, dan inti surpise!

Donut Peach berinti Jam

Cara buat donut berbentuk donut peach gebu dan berinti
Prep Time 1 hour 30 minutes
Cook Time 25 minutes

Ingredients
  

  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung (optional)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur (gred B)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 1/2 sudu besar yis
  • 153 gram air sejuk
  • sedikit gula kastor (untuk salut donut)
  • Jam Pilihan

Instructions
 

  • Masukkan bahan kering iaitu tepung gandum, susu tepung, gula, garam, yis , dan campur hingga sebati
  • Tuangkan air sejuk, dan juga telur. Naikkan kelajuan campuran dan adunkan sehingga ia mula menjadi doh
  • Turunkan kelajuan, dan masukkan mentega yang disuhu bilik. Campurkan pada kelajuan sederhana sehingga doh telah menjadi anjal dan tidak melekat di tepi mangkuk
  • Masukkan doh ke dalam bekas bersih yang telah digris dengan minyak/mentega. Tutupkan dengan plastik atau kain lembap. Biar ia kembang 1-1/5 kali ganda, dalam 30-45 minit (suhu Malaysia)
  • Letakkan doh di atas permukaan bersih selepas itu, dan ulikan ia sehingga ia kurang melekat. Letakkan sedikit tepung jika ia masih melekat. Biar ia berehat sebentar
  • Kemudian letakkan 2-3 titis pewarna merah dan mula ulikan ia sedikit sahaja. Tidak perlu uli terlalu lama apabila telah letak pewarna merah. Ia akan teradun menjadi warna merah pekat. Rujuk video cara untuk ulikan selepas campurkan pewarna
  • Bahagikan doh kepada doh lebih kecik yang berat lebih kurang 44-45gram. Jika nak masukkan jem, masukkan sekarang, dalam 1/2-1 sudu teh jem. Jangan terlalu banyak
  • Bulatkan doh dan tekapkan lidi/sudu separuh daripada doh untuk mendapatkan bentuk peach. Rujuk video untuk lebih jelas. Letakkan doh donut atas baking paper untuk memudahkan mengangkat donut semasa proses mengoreng
  • Tutupkan doh dengan kain bersih sehingga ia menggembang kepada 1/2 ganda. Jangan overproofing. Tempoh proofing dalam 30-45 minit
  • Panaskan minyak yang dalam, dan pastikan minyak tak terlalu panas untuk memastikan donut tidak hangit
  • Masukkan donut dan gorengkan ia selama 3-5 minit setiap bahagian. Balikkan hanya sekali sahaja untuk mengelakkan donut menyerap minyak
  • Apabila donut sudah masak, masukkan ke dalam bekas yang diisi dengan gula kastor. Salutkan donut dengan gula kastor
  • Siap dan boleh dihidang terus

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights