kek sarang semut

Resepi Kek Sarang Semut dua cara

Nak perap atau tak? Dua-dua boleh, ikut selera masing-masing

Cuba buat Kek Sarang Semut atau nama lainnya Kek Gula Hangus cara Basickeli

Dua cara Kek Sarang Semut perap dan tanpa perap
kek sarang semut

Kek Sarang Semut dua cara

Buat Kek Gula Hangus Perap atau tanpa perap sukatan cawan
Prep Time 3 hours 27 minutes
Cook Time 50 minutes

Ingredients
  

  • 3/4 cawan gula pasir (atau gula perang)
  • 1 cawan air panas
  • 4 sudu makan mentega atau marjerin
  • 2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 biji telur (gred b)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Instructions
 

  • Cairkan gula hingga ia telah menjadi gula hangus dengan api kecil
  • Tuangkan sedikit demi sedikit air panas, dan kacau sedikit sehingga larut. Tuang air panas hingga habis apabila air gula sudah mula terbentuk
  • Masukkan mentega/marjerin di dalam air gula. Kacau hingga larut
  • Untuk susu pekat, boleh dimasukkan di dalam air gula yang sedang suam, ataupun untuk mengelakkan ia menjadi mengerutu (disebabkan terlampau panas), boleh juga masukkan susu pekat bersama telur
  • Tapiskan air gula dengan penapis, dan letakkan di tepi
  • Campurkan bahan kering iaitu tepung gandum, soda bicarbonate, dan baking powder
  • Pecahkan telur dan pukul sebati. Boleh masukkan susu pekat dan kacau hingga larut
  • Untuk campuran kek, tuangkan 1/3-1/2 air gula suam ke dalam adunan telur, sambil mengacau hingga ia sebati. Kemudian, selang seli bersama 1/3-1/2 adunan tepung. Campurkan hingga semua adunan sebati
  • Tapiskan adunan kek untuk kali terakhir, dan tutup dengan plastik. Simpankan selama 1.5 jam, ataupun semalaman. Boleh rujuk video untuk perbezaan kek apabila diperap, atau tidak diperap
  • Preheat oven pada suhu 175C 20-30 minit sebelum bakar
  • Tuangkan di dalam loyang bakar yang dilapikkan dengan baking paper supaya adunan tidak melekat pada loyang dan mudah dikeluarkan apabila sudah masak
  • Bakar pada suhu 175C selama 45-55 minit atau apabila kek sudah masak dengan elok
  • Keluarkan kek, dan biar kek sejuk sebentar sebelum dipotong
  • Untuk memotong kek, terpulang sama ada hendak dipotong seperti biasa untuk corak bulat, ataupun melintang untuk dapatkan potongan sarang yang memanjang. Ikut selera masing masing

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights