potato ball

3 Bahan aje! Resepi Potato Ball Mochi Gluten Free

Cara buat Potato Ball Mochi Kenyal ala Dango 🍡

Senang saja nak buat potato ball mochi kenyal guna 3 bahan sahaja

Potato Ball Mochi ala ala Dango

Sesuai untuk mereka yang nak resepi mudah, rendah karbo dan gluten free. Hanya dengan menggunakan 3 bahan iaitu ubi kentang, tepung ubi kentang dan gula

Donut susu yang flawless

Lepas buat, jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

potato ball

Potato Ball Mochi yang Kenyal (3 Bahan sahaja)

Resepi Potato Ball Mochi Gluten Free dan tanpa bakar
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour

Ingredients
  

  • 2-3 biji ubi kentang (310g)
  • 3/4 cawan tepung ubi kentang
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 pewarna pilihan

Instructions
 

  • Kupas kulit ubi, potong dan rebuskan kentang sehingga empuk
  • Lenyetkan ubi dan biarkan ia sejuk sebentar
  • Masukkan tepung dan gula, dan campurkan sebati
  • Boleh mula panaskan pengukus
  • Bahagikan kepada tiga bahagian, dan warnakan dengan warna merah/merah jambu dan hijau. Boleh juga pilih warna lain
  • Bulatkan tidak lebih besar dari bola pingpong, dan terus kukuskan di dalam pengukus. Jarakkan antara potato ball supaya tak melekat
  • MAsakkan selama 20-25 minit, dan boleh hidang begitu sahaja atau makan bersama kuah/sos

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights