carbonara

2 Resepi Pasta Carbonara Confirm Jadi

Cara buat Carbonara dua cara (tanpa krim & tanpa telur)

Tahukah korang yang carbonara original sebenarnya ada telur ayam?

2 Cara buat Carbonara Mudah

Carbonara. Menu pasta yang ramai suka, terutamanya budak-budak kan?

Sebenarnya carbonara original tidak menggunakan krim, dan menggunakan telur kuning untuk menghasilkan kuah berkrim tersebut

Cara satu lagi adalah cara yang kita dah biasa buat, iaitu menggunakan krim masakan. Dua-dua sedap, dah boleh digunakan untuk buat carbonara

Bahan utama untuk buat carbonara sangat mudah; protein (panchetta, turkey bacon atau salami), keju (pecorino romano paling elok, tapi ely gunakan parmesan) dan juga bahan kuah emulsifier (sama ada telur atau krim)

Carbonara cara pertama, tak sangka kuah ini daripada telur ayam tanpa sebarang krim kan?

Cara pertama mengunakan telur adalah lebih authentic, tetapi ia juga yang paling mudah berketul dan tak jadi. Ia memerlukan teknik yang betul, iaitu masakkan telur dan keju pada api yang kecil dan kerap mengacau

Disini peranan air pasta sangat penting untuk memastikan kuah tidak pecah dan berketul. Masukkan air pasta sedikit demi sedikit sehingga ia memekat dengan elok. Boleh rujuk video untuk lebih jelas

carbonara
Boleh bezakan antara carbonara mana pakai krim dan telut?

Cara kedua menggunakan krim adalah lebih mudah untuk dikendalikan. Tetapi ramai yang sebenarnya tidak setuju menggunakan krim di dalam carbonara, sebab tidak ‘authentic’

Bagi Ely ok je. Sebab cara ini lebih mudah, cepat dan kekal berkrim tanpa berketul dengan cepat. Dan cara ini sesuai juga untuk mereka yang alah telur, ataupun nak kurangkan rasa ‘telur’ itu

Nak tahu cara mana yang korang suka? Kena cuba dua-dua dan rasa yang mana satu yang korang suka 🙂

Selain itu, kalau nak agak macam mana nak sukat spaghetti, boleh rujuk di sini, Ely gunakan 3 cara untuk sukat spaghetti. Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag DM sahaja kami 🙂

carbonara

Resepi Carbonara 2 cara mudah

Cara carbonara guna krim dan telur
Prep Time 8 minutes
Cook Time 12 minutes

Ingredients
  

  • 3 keping turkey bacon (ataupun 5 salami) (untuk satu hidangan)
  • 3 sudu besar keju parmesan
  • 1/2 sudu besar minyak zaiton
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan krim masakan
  • 65-75 gram spaghetti
  • 4-5 sudu besar air pasta
  • sedikit daun parsley

Instructions
 

  • Didihkan air panas dan garam dan masakkan pasta di dalam air yang mendidih
  • Hiriskan dan tumis turkey bacon hingga garing

Cara pertama (telur)

  • Campurkan telur kuning dan parmesan di dalam satu lagi bekas, dan campurkan 1 sudu air pasta untuk cairkan. Pastikan ia dikacau
  • Masukkan pasta ke dalam kuali bersama turkey bacon. Masukkan sedikit air pasta sedikit
  • Masukkan campuran telur dan keju ke dalam kuali, dan kacau dengan api perlahan. Masukkan air pasta apabila perlu
  • Masukkan sedikit garam di untuk naikkan rasa
  • Apabila kuah semakin pekat dan kaut spaghetti, carbonara dah masak, boleh tutup api
  • Hidangkan terus dan taburkan sedikit parmesan dan parsley

Cara kedua (guna krim)

  • Tuangkan krim dan keju parmesan ke dalam kuali bersama bacon yang sedang garing
  • Masakkan sehingga teradun dengan elok, dan masukkan sedikit garam. Tuangkan sedikit air pasta untuk cairkan jika terlalu pekat
  • Tambahkan pasta ke dalam kuah krim,kacaukan hingga sebati. Tuangkan air pasta jika terlalu pekat
  • Apabila kuah semakin pekat dan kaut spaghetti, carbonara dah masak, boleh tutup api
  • Hidangkan terus dan taburkan sedikit parmesan dan parsley

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights