aglio olio

2 Resepi Aglio Olio tak hangit dan sedap

Cara buat Spaghetti Aglio Olio dua cara dengan mudah

Walaupun pakai 4-5 bahan mudah sahaja, tetapi ia memerlukan teknik yang betul untuk memastikan bawang putih masak dengan elok, dan spaghetti meresap rasa dari kuah aglio olio

2 Cara masak Aglio Olio

Aglio e olio hanya memerlukan bahan yang mudah, iaitu bawang putih, minyak zaiton, dan juga parsley. Sangat mudah, tetapi ada cara untuk memastikan ia masak dengan elok

Masalah kebanyakkan aglio olio adalah

  1. Bawang putih mudah hangit
  2. Spaghetti yang kering dan terlebih masak
  3. Terlalu berminyak dan bergenang kuahnya
Rupa kuah aglio olio yang dimasak dengan elok, tak hangit

Jadi Ely tunjukkan dua cara untuk masak, satu adalah bawang putih segar, satu lagi adalah menggunakan garlic confit

Masak guna bawang putih segar rasanya lebih ramai suka sebab tak perlu sediakan garlic confit yang memerlukan masa untuk masak. Tetapi, masak menggunakan bawang putih segar agak ‘tricky’ untuk memastikan ia masak dengan baik dan tak hangit

Tips untuk masak tanpa hangit adalah :

  1. Memasak dengan api perlahan
  2. Memotong bawang putih tak terlalu nipis
  3. Gunakan air pasta untuk merendahkan suhu kuali
garlic confit
Rupa garlic confit

Cara seterusnya adalah menggunakan garlic confit. Garlic confit adalah bawang putih yang dimasak di dalam minyak (minyak zaiton adalah paling ideal), jadi bawang akan masak dengan lembut, dan tidak kering

Sama ada boleh bakar di dalam oven pada suhu 120C selama 2 jam, ataupun masak di dalam pan atas kuali pada api paling rendah. Boleh rujuk video pendek di sini untuk cara buat garlic confit

Rupa Aglio Olio yang elok kejadiannya. Boleh bezakan mana satu cara yang mana satu?

Jika nak letakkan bahan lain seperti udang, ayam atau sayuran lain, boleh letakkan juga. Cuma untuk aglio olio original, ia hanya menggunakan pasta, bawang putih, minyak zaiton dan parsley

Ely cuma buat penambahan sedikit chilli flakes dan sedikit keju parmesan untuk naikkan rasa

Untik lebih jelas, boleh rujuk video ya. Ia lebih terperinchi terutamanya cara nak masak dan cara tuangkan air pasta. Jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag DM sahaja kami 🙂

aglio olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio Original

Cara masakkan pasta aglio e olio tanpa hangit
Prep Time 8 minutes
Cook Time 10 minutes

Ingredients
  

  • 4 sudu besar minyak zaiton
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 65-75 gram spaghetti atau pasta pilihan
  • 3-4 sudu besar air pasta (masukkan berdasarkan keperluan)
  • 1 sudu besar daun parsley
  • 1/4 sudu teh chilli flakes
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu besar keju parmesan

Instructions
 

  • Didihkan air dan sedikit garam untuk masakkan pasta spaghetti, dan masukkan pasta apabila air sudah mendidih
  • Apabila pasta hampir masak, panaskan satu lagipan dan masukkan minyak zaiton dan bawang putih
  • Pastikan api tak terlalu kuat, dan tuangkan sedikit air pasta apabila bawang putih mulai masak
  • Masukkan sedikit garam dan chilli flakes ke dalam tumisan minyak, dan perlahankan lagi api (atau tutup api jika terlalu panas)
  • Masukkan pasta ke dalam pan, dan kacaukan pasta bersama adunan minyak. Pastikan pasta tidak dimasak dengan api panas, tuangkan air pasta untuk turunkan suhu masakan
  • Apabila kuah telah diserap pasta, dan tak terlalu berminyak, aglio olio dah siap masak. Tutup api
  • Taburkan daun parsley dan kacau hingga tercampur dengan elok
  • Hidangkan sewaktu panas, dan taburkan sedikit parmesan jika mahu

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights