roti bakar pisang

4 jenis Roti Bakar Pisang. Keju ada Coklat pun ada

Resepi Roti Bakar Pisang 4 cara mudah dengan dua cara bakar berbeza

Mesti akan ada salah satu yang korang suka antara 4 jenis roti bakar pisang ni. Mana satu kegemaran korang?

Sebelum ni Ely beli pisang sebab nak buat kek pisang, bila habis pakai pun masih ada lebihan pisang. Jadi buat lah roti bakar pisang ini

Ada empat jenis roti bakar pisang yang Ely buat, dan Ely bakarkan dua cara untuk test jika tekstur roti tersebut berubah. Memang lain! Ely bakarkan dalam oven dan air fryer

4 jenis roti bakar yang Ely buat adalah perisa gula, keju, karamel & coklat

Ely bakarkan keempat-empat ke dalam oven dan air fryer, dan mendapati ada kelainan dari segi tekstur roti bakar tersebut:

  1. Cara gula lebih rangup dan ada ‘caramelise’ di atas pisang bila bakar guna air fryer
  2. Cara keju pula, oven menghasilkan roti bakar cheese yang lebih ‘melting’ manakala air fryer pula membuatkan roti bakar cheese lebih rangup
  3. Cara coklat dibakar oven lebih lembut dan sedap, manakala air fryer pula coklatnya kering dan agak kesat
  4. Dan cara karamel pula tidak mempunyai perbezaan antara oven dan air fryer
Roti bakar pisang yang dipotong dua dan bakar dalam oven & airfryer

Tapi kalau nak masak pakai oven ataupun air fryer, tiada masalah, dua-dua tetap sedap! Mana satu korang nak cuba nanti?

Kalau tanya pendapat Ely, Ely paling suka yang paling simple, iaitu cara pertama yang menggunakan gula

Lepas buat, jangan lupa untuk kongsi dengan Ely di Facebook Basickeli atau Instagram Basickeli k? Tag sahaja kami 🙂

roti bakar pisang

4 jenis roti bakar pisang

Cara buat roti bakar dan pisang bersama 4 topping yang berbeza
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients
  

  • 4 keping roti
  • 2-4 sudu besar mentega
  • 2-3 ulas pisang
  • 1 sudu besar gula
  • 1-2 sudu besar chocolate chip
  • 1-2 sudu besar keju mozarella
  • 1-2 sudu besar karamel

Instructions
 

  • Hiriskan pisang dalam 0.5-1 cm tebal
  • Sapukan mentega di atas roti, dan susunkan pisang di atas roti
  • Taburkan inti kegemaran korang, gula, coklat, karamel ataupun keju cheese
  • Potongkan roti kepada dua bahagian
  • Bakarkan ke dalam oven atau air-fryer selama 10-12 minit pada suhu 175-180C

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights