Panaskan oven pada suhu 170-175C sebelum bakar
Campurkan gula, telur dan kuning telur sehingga sebati dahulu
Apabila kembang, masukkan ovalette, tepung kek, susu tepung, baking powder, dan esen vanila. Pukul sehingga kembang dan agak keputihan warnanya
Akhir sekali, masukkan mentega cair, dan pukul sehingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang 9 x 11 inci yang telah dilapiskan dengan baking paper
Ketukkan dan cucuk buih yang keluar di atas kek untuk mendapatkan tekstur kek yang cantik
Bakarkan pada suhu 160-165C selama 50minit - 1 jam 15 minit. Atau apabila kek sudah masak sepenuhnya
Biar kek sejuk sebentar, jangan terbalikkan semasa ia masih panas untuk pastikan kulit kek di luar tidak tanggal
Apabila sudah agak sejuk, keluarkan kek dan terbalikkan kek di atas plastik untuk mudah balutkan kek. Pastikan plastik agak banyak untuk balutkan kek sepenuhnya.
Letakkan inti pilihan di atas separuh sahaja kek, pastikan banyak supaya apabila proses melipat nanti, kek tidak perlu dilipat terlalu dalam. Jika inti sikit sangat, ia akan melipat dengan banyak dan mudah merekah
Apabila inti telah diletakkan, lipatkan salah satu belah kek dengan menggunakan plastik, dan gulungkan belah tepi untuk memastikan ia akan kekal bentuk sebegitu. Biarkan ia selama sekurang-kurangnya 10-15 minit. Rujuk video untuk lihat cara Ely gulungkan dan juga kesilapan yang perlu elakkan
Potongkan guna pisang yang panjang untuk mendapatkn potongan yang cantik