kek ladam

Tips untuk buat Kek Ladam Kuda Gebu & Terbentuk Elok

Resepi Kek Ladam Paling Lembut & Terbentuk Cantik 

Cara bancuhan kek paling gebu dan tips bentukkan kek tak merekah

kek ladam kuda basickeli

Resepi Kek Ladam Kuda Mudah & Gebu (Sukatan Cawan & Gram)

Cara bancuhan kek ladam kuda dan tips bentukkan kek anti rekah
Prep Time 15 minutes
Cook Time 1 hour
Assembly 10 minutes

Ingredients
  

  • 6 biji telur (gred B)
  • 3 biji kuning telur (asingkan dari putih telur)
  • 200 gram gula aising (dalam 1.5 cawan)
  • 110 gram tepung kek (dalam 1 cawan)
  • 15 gram susu tepung (dalam 1 sudu besar)
  • 120 gram mentega cair (dalam 1/2 cawan)
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Nutella atau inti pilihan secukupnya

Instructions
 

  • Panaskan oven pada suhu 170-175C sebelum bakar
  • Campurkan gula, telur dan kuning telur sehingga sebati dahulu
  • Apabila kembang, masukkan ovalette, tepung kek, susu tepung, baking powder, dan esen vanila. Pukul sehingga kembang dan agak keputihan warnanya
  • Akhir sekali, masukkan mentega cair, dan pukul sehingga sebati
  • Tuangkan ke dalam loyang 9 x 11 inci yang telah dilapiskan dengan baking paper
  • Ketukkan dan cucuk buih yang keluar di atas kek untuk mendapatkan tekstur kek yang cantik
  • Bakarkan pada suhu 160-165C selama 50minit - 1 jam 15 minit. Atau apabila kek sudah masak sepenuhnya
  • Biar kek sejuk sebentar, jangan terbalikkan semasa ia masih panas untuk pastikan kulit kek di luar tidak tanggal
  • Apabila sudah agak sejuk, keluarkan kek dan terbalikkan kek di atas plastik untuk mudah balutkan kek. Pastikan plastik agak banyak untuk balutkan kek sepenuhnya.
  • Letakkan inti pilihan di atas separuh sahaja kek, pastikan banyak supaya apabila proses melipat nanti, kek tidak perlu dilipat terlalu dalam. Jika inti sikit sangat, ia akan melipat dengan banyak dan mudah merekah
  • Apabila inti telah diletakkan, lipatkan salah satu belah kek dengan menggunakan plastik, dan gulungkan belah tepi untuk memastikan ia akan kekal bentuk sebegitu. Biarkan ia selama sekurang-kurangnya 10-15 minit. Rujuk video untuk lihat cara Ely gulungkan dan juga kesilapan yang perlu elakkan
  • Potongkan guna pisang yang panjang untuk mendapatkn potongan yang cantik

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights